Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘BBSA’

Sabtu, 27hb Jun 2009 –

Seawal pukul 6.30am, Andy, Will & Wayne sudah bergegas menyiapkan diri. Hari ini dijangka akan memberi pengalaman baru buat mereka bertiga. Rancangan menuju ke lubuk baru ini dicadangkan oleh seorang rakan pemancing, si Terubuk dari Puaka Anglers Tribe (PAT) sejak seminggu yang lalu. Komplot kali ini disenaraikan seramai 5 orang peserta yang akan datang iaitu Terubuk (PAT), Abg Din (KPN), Andy, Will & Wayne mewakili Biawak Anglers Cult. Kali ini komplot disasarkan ke sebuah tasik tinggal yang pada asalnya sebuah anak sungai yang kini telah ditutup, Bukit Bandaraya Shah Alam.

Tentatif perjalanan telah diatur & dijadualkan berkumpul di sebuah restoran mamak di Seksyen 8, Shah Alam sekitar pukul 8am sebelum meneruskan perjalanan ke BBSA. Tetapi beberapa kejadian yang tidak diingini telah berlaku menyebabkan 2 orang peserta terpaksa menarik diri di saat-saat akhir.

“Sorila geng, aku sik dapat ikut hari tok ngan kitakorg. Anak aku menangis-nangis mok ekot.” Begitulah antara isi kandungan SMS yang si Wayne terima pagi itu daripada salah seorang peserta yang terpaksa menarik diri di saat-saa akhir. Redha dengan keadaan itu, Biawak Anglers masih tetap bersemangat untuk menempuh hari baru di tempat baru sambil menimba pengalaman baru. Kini, senarai kedatangan telah menjadi pendek. Tinggal 4 buah nama lagi yang masih mengisi senarai ahli peserta.

Berangkat dari markas sekitar 7am, Biawak Anglers tiba di seksyen 8, Shah Alam 40 minit kemudian menyusur Lebuhraya Persekutuan dari Ampang. Perjalanan awal pagi itu agak lancar dengan lalu-lintas kenderaan sekitar lebuhraya agak kurang jika dibandingkan dengan hari-hari biasa. Setibanya di Seksyen 8, Shah Alam…mereka menjangkakan mesti Terubuk sudah sampai & menunggu. Tetapi sangkaan mereka meleset, mereka sampai dahulu rupanya. Sementara menunggu kedatangan si Terubuk, mereka mengambil keputusan untuk bersarapan dahulu di Restoran Daruh Ehsan. Lebih kurang 15 minit kemudian barulah si Terubuk sampai dengan raut muka agak cemas.

“Kenak muka stress gilak pok? Apa emergency kau?”, tanya Wayne yang ingin mengetahui cerita selanjutnya.

“Ada family emergency tek. Anak buah aku masuk wad. Mak aku madah keadaannya dah kritikal.” Sahut Terubuk dengan muka masih lagi kelihatan cemas.

Mendengarkan situasi itu, Biawak Anglers semakin yakin yang trip kali ini nampaknya hanya dijalankan oleh mereka sahaja setelah Terubuk menyatakan hasratnya untuk terus kembali ke hospital menjenguk anak buahnya sejurus selepas menunjukkan lokasi memancing yang dijanjikan sebelumnya. Biawak Anglers yang faham akan kecemasan yang dialami oleh Terubuk tidak menahan sekiranya beliau ingin terus pulang ke Kajang.

Dalam hening pagi yang diselubungi kabus & suasana hutan itu, Biawak Anglers tidak mensia-siakan peluang yang ada untuk menduga nasib di lapangan baru itu. Mari kita saksikan keindahan alam di tempat yang dijanjikan itu :

DSC00477-res

DSC00479-res

DSC00480-res

DSC00481-res

DSC00487-res

Perjalanan meredah semak samun & hutan belantara sekitar tasik itu mengambil masa sekitar 2-3 jam berjalan kaki. Sungguhpun demikian, ianya sungguh berbaloi & enjoy sekali.

Sedang mereka bertungkus lumus meneroka jalan di sekitar ceruk-ceruk tasik itu, tiba-tiba Andy melihat sekumpulan anak-anak Toman sedang rancak boiling di permukaan air. Lantas dengan itu beliau mengeluarkan teropongnya untuk memastikan samada apa yang dilihatnya sebentar tadi adalah benar. Setelah memastikan apa yang dilihatnya adalah benar, mereka bertiga dengan tidak melengahkan masa terus membaling gewang ke sasaran yang mampu menjanjikan keseronokan, kumpulan anak Toman yang sedang boiling. Balingan demi balingan dibuat namun belum ada sambaran. Selalunya dalam keadaan begini, sang ibu Toman akan mengamuk pabila anak-anaknya itu diganggu. Disitulah peluang untuk para caster untuk merasa amarah sang ibu apabila ia menyambar gewang dengan ganas.

Tiba-tiba…

GEDEBUSHHH!!!!!

Satu sambaran ganas menerkam top-water spinnerbait yang digunakan oleh Will. Andy & Wayne masing-masing ternganga sebentar melihat kejadian itu. Will dengan penuh bersemangatnya cuba melawan sambaran ibu Toman itu tiba-tiba kelihatan kecewa. Sambaran tadi tidak mengena mata kail spinnerbaitnya tetapi terkena kipas spinnerbait itu sehingga menyebabkan salah satu bilah kekipas itu bengkok. Sebelum itu, spinnerbait Will sudahpun diberi “amaran” oleh sang ibu tadi apabila ia cuba untuk mengejarnya.

Salah satu daripada bilah kekipas ini bengkok teruk dimamah ibu Toman

Salah satu daripada bilah kekipas ini bengkok teruk dimamah ibu Toman

Berikutan dengan kejadian tersebut, anak-anak toman tadi dilihat semakin menjauhi. Mungkin kerana ibunya tidak selesa dengan persekitaran yang hampir memisahkannya dengan anak-anaknya sebentar tadi. Selepas kejadian itu juga Biawak Anglers mengambil sedikit masa untuk berehat sebentar semenatara menunggu kumpulan anak-anak Toman itu berpatah balik ke kawasan yang berhampiran. Beginilah keadaannya apabila Biawak Anglers yang agak kecewa melepaskan kelelahan :

DSC00482-res

DSC00483-res

DSC00485-res

DSC00486-res

“Panas” dengan kejadian rabut tadi, Will terus membuka baju sambil meneruskan aktiviti beliau.

DSC00496-res

Setelah lebih kurang sejam menunggu, akhirnya Biawak Anglers mengambil keputusan untuk beredar dari tempat itu untuk menuju ke lokasi lain. Mungkin ada lagi lubuk-lubuk berhampiran yang lebih menarik. Perjalanan meneroka lubuk & teluk sambil meredah hutan rimbun di kawasan tersebut betul-betul mencabar minda & fizikal. Mereka terpaksa melantik Will untuk mengepalai perjalanan kerana beliau menggunakan seluar panjang serta berpelindung lengan. Andy pula hanya menggunakan seluar pendek manakala Wayne menggunakan seluar panjang tetapi tiada kain pelindung lengan. Habisla kaki si Andy & tangan si Wayne akan calar balar.

DSC00503-res

Sepanjang meneroka kawasan sekitar sambil mencari lubuk-lubuk berpotensi, mereka juga tidak melepaskan peluang untuk menghayati keindahan alam semulajadi. Pelbagai tumbuhan & bunga-bungaan hutan yang dapat dilihat di sepanjang perjalanan. Antaranya :

DSC00499-res

DSC00501-res

DSC00505-res

DSC00504-res

Sedang mereka meredah sekeliling tasik mencari laluan-laluan yang aga selamat, tiba-tiba Andy terlihat lagi sekumpulan anak-anak Toman sedang boiling. Kelam kabut Andy dibuatnya. Tetapi memandangkan kumpulan anak-anak Toman itu boiling agak jauh, mereka meneruskan perjalanan untuk menuju ke tebingan yang berhampiran dengan kumpulan anak-anak Toman itu.  Laluan beranjau & berhalangan di sana tidak menghalang mereka bertiga untuk terus berjuang mengejar kumpulan anak-anak Toman itu.

DSC00506-res

Memang tidak disangka kawasan yang mereka tuju itu merupakan sebuah teluk pembiakan & penjagaan anak-anak Toman. Setibanya mereka di teluk tersebut, rupa-rupanya bukan satu tapi tiga buah kumpulan anak-anak Toman sedang boiling.

DSC00507-res

Andy yang geram melihat kumpulan-kumpulan anak Toman itu terus menduga nasibnya diikuti oleh Will & Wayne. Andy & Wayne mempertaruhkan gewang jenis Popper manakala Will masih lagi mempertaruhkan Spinnerbaitnya. Asakan demi asakan dilakukan tiba-tiba…

SREEETTTT!!!!

Kekili Tica milik Will berbunyi nyaring, Spinnerbait miliknya sidah tidak lagi kelihatan mengocak air. Lantas dengan itu Will menyentap jorannya namun sekali lagi beliau kecewa. Sambaran sang Toman hanya mengena pada kekipasnya lagi dan bukannya pada mata kail. Kemudian…

DEBURRRR!!!!

Giliran Andy pula menerima sambaran. Tarik punya tarik rupanya sambaran “miss” lagi. Gegaran tangan mereka berdua tidak dapat dibendung lagi. Will sudah 2 kali terlepas sambaran manakala Andy sekali. Wayne pula hanya mampu terlopong sahaja sebab tiada satu pun sambaran diterima beliau hari itu. Berikutan dengan kekecewaan itu, mereka bertiga mengambil keputusan untuk beralih lokasi lagi. Kumpulan-kumpulan anak Toman tadi pun sudah tidak kelihatan lagi. Agaknya mereka pun berpindah lokasi kerana tidak tahan diasak secara berterusan oleh Andy, Will & Wayne.

Tidak tahan dengan kekecewaan yang melanda, mereka bertiga akhirnya membuat keputusan untuk mencari jalan pulang sahaja. Kepenatan & keletihan jelas terpampang di wajah masing-masing namun semangat untuk menyerang semula serta keseronokan juga terpancar dari raut wajah masing-masing. Secara kesimpulannya, pada hari itu mereka tidak berjaya mendaratkan sebarang tangkapan namun keseronokan “jungle trekking” pada hari itu sedikit sebanyak mengubat kedukaan.

DSC00508-res

Mungkin di lain hari mereka akan datang semula ke tempat ini.

DSC00510-res

Trip pada hari itu ditamatkan pada pukul 3pm. Nasib baik mereka sempat bersarapan pagi sebelumnya. Kalau tidak, manakan dapat mereka ini bertahan meredah hutan rimbun selama 7 jam sehingga makan tengahari pun terlepas.

Ahad, 28hb Jun 2009 –

“Bah, bangun…bangun…jam 6 lebih sudah ni. Jalan sudah.” Kejut Wayne kepada Will  & Andy yang masih lagi sedang lena dibuai mimpi.

“Bah, jalan?” Sahut si Andy dengan nada mengigaunya.

Selepas kejadian “miss call” yang menghantui mereka bertiga hari sebelumnya, hari ini mereka cuba melepaskan igauan ngeri itu dengan bertandang ke lapang biasa mereka setiap minggu iaitu di sebuah lombong di Cyberjaya. Seawal jam 7.45am mereka sudahpun terpacak di sana.

Hari ini kelihatan agak berbeza sedikit, kelihatan agak ramai para pemancing dasar yang datang. Tetapi itu tidak menghalang Biawak Anglers ini daripada meneruskan pancingan mereka. Kelebihan memancing secara casting ini ialah, pemancing boleh berpindah-pindah lokasi mencari lubuk-lubuk yang berpotensi berbanding memancing dasar dimana pemancing hanya memancing di satu-satu tempat yang dianggap strategik dan mempunyai harapan.

Menjelang sekitar pukul 9.30am matahari sudah mulai meninggi. Dengan tidak semena-mena…

BURRSSSHHHHH!!!!!

Lenggokan gewang replica Lucy Craft Gunnish milik Andy disambar oleh seekor Toman bujang yang sedang galak mencari makan. Dengan penuh perasaan berdebar-debar si Andy mendaratkan tangkapan tunggal Biawak Anglers pada pagi itu. Toman bujang skala 1.8kg itu menjadi piala untuk Andy setelah berpenat lelah pada hari sebelumnya.

28-6-09 CJ-res

Will yang “panas” dengan kejadian itu cuba memencilkan diri dari Andy & Wayne untuk mencari lubuk lain di kawasan berhampiran. Tiba-tiba…

SREEETTTTTTT!!!!!

Kekili Tica model 3550 kosongnya menjerit tidak henti-henti. Tali keluar mencurah-curah. Sah tarikan daripada si Toman. Terkial-kial namun bersungguh-sungguh, Will berusaha untuk menggunakan kuasa drag kekilinya untuk memenatkan Toman tersebut. Setelah beberapa minit, ia kelihatan agak letih & mengikut sahaja karauan si Will. Tetapi…..suatu kejadian malang terus menimpa si Will apabila si Toman melakukan pecutan terakhir sebelum sampai di tebing sehingga menyebabkan mata kail di mulutnya terlucut. Dan kesudahannya, si Will kecewa sekali lagi. Hujung minggu ini sahaja si Will terlepas tangkapan sebanyak 3 kali.

Gagal menerima hakikat, akhirnya Biawak Anglers menamatkan komplot hari ini sekitar 11.30am namun sempat membawa pulang sebuah “Piala” untuk direnung-renungkan untuk hari-hari yang mendatang.

Read Full Post »