Feeds:
Posts
Comments

BAC-res-2

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan selamat datang kepada para pembaca yang sudi singgah di laman kami ini samada sekadar melawat, melayari helaian-helaian laporan atau ingin memberi komen kepada kami.

Kami juga ingin memberi jutaan penghargaan kepada mereka-mereka yang telah banyak memberi sokongan serta panduan kepada kami sepanjang kami menceburi bidang yang semakin berkembang ini. Kepada rakan-rakan yang sering bersama meredah belantara dan bergelumang selut lumpur bersama selama ini, jutaan terima kasih juga kepada anda semua.

Kepada ramai lagi teman-teman diluar sana, kami tidak lupakan anda­čÖé dan kepada mereka yang sedang melayari, semoga anda mendapat manfaat dan panduan yang seadanya daripada apa yang kami paparkan di sini.

Terima kasih & selamat datang.

Dunia oh dunia… baru-baru ini saya mendapat satu berita yang agak membuatkan saya terkilan tentang dunia pemancingan tanah air kita ini. Seorang sahabat karib yang juga rakan kaki pancing telah dikecam hebat di salah satu laman forum oleh rakan searena dunia pemancingan hanya kerana beliau mempamerkan gambar hasil tangkapan beliau yang tidak dilepaskan semula tetapi di bawa pulang ke rumah untuk menjadi hidangan santapan keluarga. Beliau telah dikecam dan dicap sebagai ‘Memerang’ kerana perbuatannya itu.

Alangkah sedihnya hati saya mendengar tomahan dilemparkan sehingga sebegitu rupa terhadap rakan-rakan sendiri. Seharusnya kita tidak boleh menilai atau menghakimi seseorang itu hanya kerana dia ingin memberi makan kepada keluarganya.

Bagi dunia sukan memancing, konsep Tangkap & Lepas (C&R) amatlah digalakkan tetapi ianya tidaklah diwajibkan. Tujuan pengamalan konsep Tangkap dan Lepas ini adalah untuk mengelakkan penangkapan ikan secara berleluasa dan tidak terkawal di samping memelihara kesinambungan spesis-spesis tangkapan terutamanya ikan-ikan tempatan yang bilangannya semakin berkurangan. Konsep ini selalu diamalkan oleh golongan pemancing-pemancing rekreasi. Tapi kalau memancing untuk santapan harian tu, tak perlu lah berkira sangat tentang konsep ini. Bergantung juga kepada spesis tangkapan. Banyak mana sangatlah yang mampu seorang pemancing bersama isi keluarganya makan, setakat 2-3 ekor sebagai hidangan tu tidaklah sampai kepupusan spesis yang ditangkap.

Jika diamati sejarah konsep Tangkap & Lepas ini di tanah air kita, ianya satu fenomena yang dikatakan agak baru dan saya rasa ia belum lagi dimaktubkan dalam draft kaedah penyelanggaraan hasil akuatik dan akuakultur seperti yang telah dilakukan di daerah Michigan, Amerika Syarikat pada 1952 sebagai kaedah pengurusan pembenihan ikan Trout.

Sungguhpun demikian, masih ada debat-debat yang mengatakan konsep Tangkap dan Lepas ini sebenarnya memberi kesan negatif kepada spesis ikan yang dilepaskan tadi. Antaranya, ada yang mengatakan ikan sebenarnya ialah satu evolusi spesis bertulang belakang yang berkongsi struktur saraf dan reseptor yang sama seperti yang ada pada manusia. Ini termasuklah reseptor ‘Sakit’ dan persepsi terhadap kesakitan. Kajian menunjukkan bahawa ikan tergolong dalam keluarga spesis bertulang belakang kelas tinggi, di mana secara neurologinya ia akan meningkatkan kadar metabolasi dan hormon pada kandungan kimia darahnya semasa pergelutan di hujung pancing. Ini secara langsung akan membuatkan ikan itu menjadi tertekan atau stress. Jadi siapa yang berani kata ikan tidak merasa sakit?!

Bertepatan dengan ini, kajian yang dilakukan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Oklahoma (Oklahoma Department of Wildlife Conservation) menunjukan 43 peratus daripada ikan-ikan yang dilepaskan semasa memancing mati dalam tempoh enam hari selepas dilepaskan kerana proses pengendalian yang salah semasa dilepaskan semula ke air. Kalau macam ini gayanya, baik makan saja ikan tu daripada dibiarkan mati membusuk.

Selain daripada itu, konsep Tangkap dan Lepas ini sebenarnya baik untuk memelihara kesinambungan spesis ikan tempatan, tapi bagaimana jika spesis yang ditangkap itu ikan pendatang dan mampu mengucar-kacirkan ekosistem spesis tempatan? Adakah wajar ianya dilepaskan semula?

Oleh kerana gambar ini, saya sendiri telah dikecam beberapa kali oleh beberapa orang pemancing tempatan kerana melepaskan semula hasil tangkapan ke dalam air.

Jadi renung-renungkanlah. Jangan menilai sesuatu itu hanya kerana ianya tidak sependapat dengan kita dari satu sudut. Kajilah dari pelbagai sudut sebelum menyimpulkan sesuatu yang ingin diungkapkan menjadi kata-kata. Saya pernah menulis sebelum ini di dada akhbar tempatan tentang fenomena sukan memancing yang semakin menggalakkan di tanah air kita ini, namun tidak semua kaki-kaki pancing ini terdiri daripada golongan pemancing rekreasi yang sentiasa mengamalkan Tangkap dan Lepas. Semuanya bergantung kepada rezeki, niat dan kesungguhan.

Semoga kita renungkan semua ini bersama.

Cheers~ (^.~)v

Ahad, 29 Januari 2012

“Tunggu kejap, aku dah on-the-way”. Sahut Madcat lalu meletakkan semula telefon.

Kali ini harus pastikan yang perancangan ini berjalan. Sudah beberapa bulan ianya ditangguhkan dek kerana masa bertugas sering kali tidak menyebelahi ahli-ahli komplot.

Kedatangan saudara Terubuk Sarawak dan seorang lagi rakan searena menghangatkan lagi perancangan memancing pada hari ini. Kalau pada tahun-tahun sebelumnya mereka sering mensasarkan Toman-Toman bagak dan liar di sekitar lombong, empangan dan Taman Negara di semenanjung, kini di Sarawak sasarannya sedikit berbeza. Walaupun tergolong dalam keluarga Snakehead namun, spesis Haruan lebih sinonim dengan lingkungan geografi di Bumi Kenyalang.

Komplot dimulakan sekitar 9:00am ketika matahari baharu memancarkan keterikan yang lembut ke arah kulit dan flora-flora di persekitaran. Lokasi kali ini, di kampung halaman si Madcat. Cuaca pagi ini sungguh indah dan tenang sehinggakan ikan-ikan sasaran dapat dilihat sedang bermain dan mencari makanan di permukaan air menanti mangsa. Kami bertiga memulakan perjalanan menyusur kolam dan tali air dari hulu ke hilir supaya mudah menjejak aliran air dan ikan-ikan sasaran.

Dari tebing, kelihatan seekor induk Haruan sedang berlegar-legar di permukaan air mencari makanan dan mangsa. Mungkin sedang menikmati panahan mentari pagi sambil mencari makanan. Sekilas itu, Madcat mencadangkan agar saudara Terubuk membaling cast pertama beliau ke arah sasaran tersebut.

Tidak disangkal sama sekali, beginilah hasilnya:

Keseronokan casting pagi itu berterusan dengan tangkapan seterusnya dari seorang lagi ahli komplot:

Senyuman demi senyuman diukir pada pagi itu sehinggakan panahan terik mentari yang menyengat langsung tidak dihiraukan lagi. Masa berlalu pun tidak diendahkan dek kerana keasyikan yang tidak putus-putus. Menjelang jam 12:00 tengahari, komplot ditamatkan dengan ahli-ahli dijamukan dengan buah-buahan dan minuman ringan sementara menunggu peluh turun dan menenangkan gelora di dada akibat terlalu seronok dan mengenang kembali saat-saat tangkapan terlepas dan beberapa kali terkena ‘miss call’.

Dan beginilah hasil yang dibawa pulang…cukup lumayan

Perancangan ini tamat sekitar 1pm dengan masing-masing beransur pulang menuju destinasi masing-masing. Namun kepulangan itu kini diiringi seribu kenangan manis dan senyuman yang tidak henti-henti terukir. Semoga di lain hari masih ada lagi peluang-peluang seperti ini dapat dikecapi sekali lagi sementara masih berkemampuan. Terima kasih juga kepada ahli-ahli komplot yang masih patuh kepada taktik ‘Catch N Release’ kepada saiz-saiz penyambung generasi sepanjang mengikuti komplot kali ini.

Semoga berjumpa lagi di masa-masa akan datang dengan lebih banyak lagi laporan-laporan yang lebih menggegar jiwa.

Sekian, terima kasih.

Berkurun lama rasanya Biawak Anglers tidak melaporkan sebarang aktiviti untuk dimuatkan di laman blog ini. Sejak-sejak perpisahan ahli pada tahun lepas, gerakan-gerakan menggempur dan mencari lubuk-lubuk baru pun agak surut. Bukan kerana patah semangat atau hilang arah tujuan tetapi ini suatu lembaran perjalanan yang baru buat ahli-ahli kumpulan Biawak Anglers.

Sabtu, 18 September 2010.

“Pukul berapa kita mahu berangkat besok?” Tanya Alvin yang kedengaran berminat untuk trip memancing di Samarahan kali ini.

“Agak-agak pukul 7am kita berangkat ke Kpg. Plaman Baki dahulu untuk singgah mengambil Bujang, lepas tu kita terus bergerak ke Kota Samarahan. Terubuk dan yang lain-lain akan jumpa kita terus di Kota Samarahan.” Terang Wayne tentang perancangan perjalanan pada keesokan harinya.

“Umpan kita macamana?” Soal Alvin kembali.

“Kita pergi casting sahaja. Umpan tu pakailah gewang aku dahulu sementara belajar casting.” Sahut Wayne yang kebingungan memikirkan set pancing yang kelihatan tidak mencukupi. Kalau mengilat sahaja memang set pancing tidak cukup. Wayne ada 1 set pancing ringan manakala Alvin pula hanya ada satu. Untuk Bujang macamana?

Serentak dengan itu, Wayne menghantar teks pesanan ringkas kepada Terubuk untuk membawa set pancing lebih bimbang jika ada yang tidak memancing di sana nanti. Selesai berunding dengan Terubuk barulah kelihatan pandangan lega pada mukanya.

Ahad, 19 September 2010

Jam baru menunjukkan pukul 6am namun Wayne yang kini sudah berpindah ke kampung halamannya di Sarawak sudahpun bangkit dari tidur dan telah siap bersiram. Sambil menunggu Alvin, seorang sahabat memancing yang baru menceburi bidang mengilat, Wayne membelek-belek set pancing yang akan dibawa bersama untuk trip memancing hari ini.

Setelah mengagak segalanya serba mencukupi, Wayne dan Alvin memasukkan set-set pancing masing-masing ke dalam kereta. Bersarapan sudah, bekalan air pun sudah diisi, toolbox pun sudah diperiksa, nampaknya sudah tiba masanya untuk berangkat.

Jam menunjukkan pukul 6.45am, suasana masih lagi berkabus menandakan cuaca yang baik untuk sepanjang hari ini. Perjalanan dari rumah ke Kpg. Plaman Baki, Serian mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja. Dengan keadaan jalan pagi yang lenggang dan sejuk, perjalanan selama 15 minit itu dirasakan terlalu sekejap. Tahu-tahu sahaja sudah sampai ke destinasi. Ketika tiba di Kpg. Plaman Baki, Bujang masih lagi tidur. Maka terpaksalah Wayne dan Alvin menunggu sebentar sambil menghirup teh panas-panas dan kuih-muih yang disediakan oleh emak Wayne sementara menunggu Bujang mandi dan bersiap.

Setelah menunggu hampir setengah jam, barulah segalanya sedia untuk bertolak ke Kota Samarahan. Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga di Kpg. Plaman Baki, mereka bertiga pun mengorak langkah menuju ke checkpoint seterusnya. Tempoh perjalanan dari Kpg. Plaman Baki ke Kota Samarahan mengambil masa lebih kurang 40 minit melalui Jalan Ensengei. Sepanjang perjalanan, kembara kali ini dihiasi pemandangan-pemandangan kampung-kampung dan ladang-ladang kelapa sawit serta sawah-sawah. Ini menambahkan lagi seri perjalanan sementara ingin sampai ke destinasi seterusnya.

Menjelang pukul 8.30am, mereka bertiga pun tiba di Kota Samarahan manakala Terubuk dengan rakan-rakan yang lain masih lagi dalam perjalanan dari Kuching.

Hampir setengah jam menunggu, barulah kelihatan konvoi Terubuk bersama anggota-anggota Geng Pemancing Sarawak tiba di lokasi perjumpaan. Berpandukan maklumat yang diterima oleh Terubuk, kolam memancing yang akan mereka tuju itu terletak di Asajaya. Daripada lokasi pertemuan, jarak perjalanan dianggarkan lebih kurang 30 – 40 minit bergantung kepada laluan trafik. Mengekori dari belakang, Wayne, Alvin dan Bujang menjangkakan kawasan pancingan itu adalah kolam ternakan air masin yang terbiar.

Menjelang pukul 10.00am mereka pun sampai ke tempat yang dijanjikan. Lokasi kali ini sebenarnya adalah sebuah kolam ternakan ikan air masin yang masih baru. Untuk menambahkan sumber pendapatan, pemilik kolam tersebut telah membuka kolam ternakan beliau untuk aktiviti-aktiviti mengilat di mana kadar yang dikenakan adalah PERCUMA. Tetapi sekiranya pemancing ingin membawa pulang hasil tangkapan, maka bayaran sebanyak RM14/kilo dikenakan ke atas tangkapan yang ingin dibawa pulang tersebut. Antara spesis-spesis ikan air masin yang terdapat di kolam tersebut adalah Siakap, Senangin, Kerapu dan Jenahak/Tetanda.

Antara hasil tangkapan di sana :-

Wayne yang pertama kali turun ke lapangan pancingan ini akhirnya menyemarakkan lagi semangan rakan-rakan yang lain dengan menaikkan seekor Siakap remaja. Sungguhpun menggunakan set pancing yang dipinjam daripada saudara Terubuk namun gandingan kekili mendatar Seahawk Bass 103L dan joran Lemax Slim Max 6lb – 15lb ini memang tidak mengcewakan….(jangan marah aa En. Terubuk)­čśŤ

Menjelang tengahari, hanya setakat itu sahaja yang berjaya dinaikkan oleh Wayne, Alvin dan Bujang. Seekor Siakap remaja seberat 700g dan seekor Senangin juga seberat 700g. Untuk trip kali ini Alvin yang baru pertama kali turun mengilat masih belum berjaya menaikan sebarang tangkapan. Sekitar jam 12.oo tengahari, mereka bertiga meminta diri untuk pulang ke Kpg. Plaman Baki.

Sungguhpun perjalanan pulang dirasa jauh sedikit berbanding di pagi hari tadi namun di kepala masing-masing masih lagi memikirkan bagaimana untuk menambahkan lagi kepuasan memancing pada hari itu. Perjalanan jauh tadi bagaikan agak kurang berbaloi memandangkan lokasi dan hasil tangkapan yang kurang memberansangkan.

Setelah berhenti rehat makan tengahari sambil berbincang aktiviti seterusnya, akhirnya mereka bertiga memutuskan untuk mencuba acara memancing dasar di salah sebuah kolam ternakan ikan air tawar berhampiran rumah di Kpg. Plaman Baki. Berbekalkan umpan roti paun dan sedikit biskut expired sebagai rasuah, mereka meneruskan acara memancing.

Begini lah hasil tangkapan yang mereka dapat dengan hanya 30 minit memancing.

Setelah kehabisan umpan dan memikirkan apa lagi yang harus dilakukan untuk memenuhi hari minggu yang gersang itu. Sekali lagi mereka berpindah lokasi ke sebuah kolam terbiar yang terletak di tengah-tengah kampung. Kolam terbiar tersebut dahulunya adalah sebuah kolam ternakan ikan talapia dan tapak tadahan air untuk aktiviti pertanian dan berkebun namun setelah sekian lama ditinggalkan tidak terurus, ianya menjadi sebuah tempat pembiakan haruan dan spesis-spesis ikan liar setempat.

Mencuba nasib di kedua-dua kolam terbiar itu, beginilah hasilnya :-

Alvin yang kali pertama turun mengilat turun mendapat karan apabila berjaya mendaratkan seekor haruan berskala 500g menggunakan gewang jenis Mr. Tanaka Froggy warna hijau muda.

Beberapa minit selepas Alvin mendaratkan Haruan nya, Wayne pula terkena strike dan menaikkan seekor lagi Haruan menggunakan gewang Rod Ford Minnow 7cm tetapi saiznya agak kecil daripada yang sebelumnya.

Sehingga jam 6pm, mereka bertiga berjaya memenuhi hari dan aktiviti mereka pada hari itu dengan seekor Siakap, seekor Senangin, seekor Jelawat dan 3 ekor Haruan. Siakap dan Senangin berjaya dilepaskan semula untuk pancingan kaki-kaki mengilat di masa akan datang manakala Jelawat dan Haruan dibawa pulang untuk santapan sekeluarga.

Dengan berakhirnya laporan ini, maka tamatlah trip memancing Kota Samarahan-Serian untuk kali ini. Semoga di masa-masa akan datang akan lebih banyak lagi laporan-laporan yang akan disediakan serta padang-padang pancingan baru yang akan diterokai untuk tatapan dan rujukan para pembaca sekalian.

Sekian. Terima Kasih

“Cepat pikir apa planning kita untuk minggu ni.” Tertera luahan perasaan si Will ketika menghubungi Wayne melalui sistem pesanan segera Facebook. Wayne yang agak terkejut atas gesaan itu bertanya kepada Will kembali…”Kenapa?”.

“Bingung sudah sya fikir ni. Ada orang mau ikut kita pi memancing hujung minggu ni.” Balas si Will

“Ada orang mau ikut?” susul si Wayne kehairanan sedikit.

“Ya, dorg bawa BBQ sekali ni. Ramai mungkin yang ikut.” Jawab si Will kembali.

“Ramai? brapa orang tu?” Wayne semakin kehairanan.

“Mungkin dalam 20 orang gitu la. Kita pigi Ulu Yam la macamana?” sambung si Will lagi.

Wayne yang masih lagi dalam keadaan terkejut mengiyakan sahaja cadangan si Will itu.Trip-trip sebelum ini tidak pernah ada permintaan sebegini yang diterima oleh Biawak Anglers. Manakan tidak, kalau sebelum ini mungkin hanya seorang dua sahaja sahabat-sahabat yang menyatakan hasrat untuk menyertai trip memancing yang sering dijalankan oleh Biawak Anglers. Namun kali ini jumlahnya meningkat sehingga 20 orang!!!. Mahu tak terkejut?

Sabtu, 17hb Oktober 2009 –

Cuaca di luar kelihatan agak cerah dan menarik sekali untuk melakukan aktiviti-aktiviti luar. Kegembiraan berganda dirasa apabila menyedari bahawa hari ini adalah bersamaan sambutan perayaan Hari Deepavali. Si Ovel yang sebelum ini selalu bangun lewat betul-betul bersemangat untuk mengikuti trip memancing sambil berkelah kali ini.

Sambil memastikan segala peralatan dan bekalan yang disediakan mencukupi, kumpulan Biawak Anglers pun meneruskan perjalanan aktiviti hari ini menuju ke Ulu Yam. Para sahabat yang bercadang menyertai trip ini sudahpun bergerak ke destinasi yang dijanjikan mendahului kumpulan Biawak Anglers. Trip kali ini diwakili oleh Andy, Wayne, Aynie @ Kakak, Ovel & Will selaku penganjur bersama dari kumpulan Biawak Anglers.

Ketika tiba di destinasi, jam sudahpun menunjukkan pukul 9am. Pancaran matahari diselangi tiupan angin yang nyaman makin membangkitkan semangat dan keceriaan trip kali ini. Bukan selalu boleh bertemu & bersua dengan rakan-rakan & sahabat dari dunia maya sambil beriadah seumpama ini. Lebih-lebih lagi inilah kali pertama kumpulan Biawak Anglers mendapat penghormatan untuk menganjurkan aktiviti bersama seumpama ini.

7118_1250796678360_1482796732_30702466_2040969_n

7118_1250796718361_1482796732_30702467_1874983_n

Setelah mengeluarkan & menyediakan segala apa yang patut, mereka pun memulakan aktiviti yang mereka tunggu-tunggu iaitu memancing sambil berkelah. Dalam kesibukan itu, ada yang mengambil peluang untuk bersarapan dan mengisi perut yang sememangnya kelaparan kerana belum sempat bersarapan pagi. Ada juga yang mengambil peluang untuk menikmati pemandangan dan keindahan alam sekitar di perkarangan tasik empangan Ulu Yam itu. Bagi Biawak Anglers, kesempatan ini digunakan sebaiknya untuk menyediakan set-set pancing yang dibawa.

9031_159102917485_537482485_2670506_6387442_n

9031_159102892485_537482485_2670503_7230696_n

Untuk menghargai sambutan daripada para sahabat yang datang, si Will berbesar hati memberi tunjuk ajar serta khidmat nasihat tentang cara-cara memancing & memasang umpan kepada mereka. Manakala Andy dan Wayne pula sibuk mengejar kumpulan-kumpulan anak Toman yang sedang galak bermain air sambil menunjukkan cara-cara seorang amatur casting.

7118_1250796918366_1482796732_30702472_8065713_n

9031_159102857485_537482485_2670498_3728929_n

9031_159102782485_537482485_2670488_7406451_n

Sementara yang lain pula mengambil peluang untuk beramah mesra diantara satu sama lain untuk mengeratkan lagi semangat persaudaraan di dalam diri masing-masing.

9031_159102772485_537482485_2670486_4849340_n

9031_159102787485_537482485_2670489_5895431_n

9031_159102807485_537482485_2670492_7110572_n

9031_159102887485_537482485_2670502_5253056_n

Sehingga menjelang 2:30pm, acara memancing didominasikan oleh Biawak Anglers. Hasil tangkapan si Andy seorang sahaja mencecah sehingga 20 ekor manakala Wayne pula melepasi par 10 ekor dan Will juga menambah koleksi dengan beberapa ekor tangkapan namun tiada seekor pun yang dibawa pulang. Kesemuanya selamat di C’N’R (Catch & Release). Malang sekali keghairahan itu tidak sempat dirakam oleh lensa kamera mereka kerana masing-masing teruja dan hanya dapat disaksikan oleh mereka-mereka yang hadir sahaja.

Setelah matahari semakin memancar terik, para hadirin mengambil peluang untuk bersantai sambil menikmati pemandangan di kawasan sekeliling. Bagi peserta kanak-kanak pula, kegirangan mereka terpancar di wajah masing-masing apabila mereka ramai-ramai turun bermain air yang sejuk di beting pasir tidak jauh dari pondok tempat mereka berehat sambil diawasi oleh penjaga masing-masing.

9031_159102802485_537482485_2670491_298101_n

9031_159102832485_537482485_2670495_2199795_n

9031_159102842485_537482485_2670496_7765683_n

7118_1250797198373_1482796732_30702479_4147761_n

9031_159102902485_537482485_2670504_361418_n

Menjelang petang barulah mereka semua mengambil keputusan untuk mengorak langkah pulang menuju ke destinasi masing-masing setelah sepanjang hari beramah mesra sambil menghayati keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan di tasik empangan Ulu Yam ini. Sebelum berangkat pulang, mereka sempat mengabdikan beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan untuk ditatapi di masa-masa akan datang.

Say cheeesssseeee~~~

7118_1250797238374_1482796732_30702480_1237570_n

7118_1250797278375_1482796732_30702481_5595779_n

7118_1250797318376_1482796732_30702482_7667322_n

Dengan kesempatan ini Biawak Anglers Cult ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat handai dari Facebook yang sudi menghadirkan diri pada trip anjuran bersama ini terutamanya kerana sudi menyediakan makanan-makanan yang sungguh enak sehingga menjilat jari itu. Terima kasih juga kerana sudi menjadi teman sepemancing kepada Biawak Anglers yang hanya sekumpulan sahabat pemancing amatur kecil-kecilan.

Secara rasmi, trip Hari Keluarga Anjuran Bersama Biawak Anglers & Facebook ini ditamatkan sekitar jam 4pm dengan semua para peserta bergerak pulang ke destinasi masing-masing. Semoga di masa-masa akan datang akan lebih banyak trip-trip sukan dan rekreasi seumpama ini akan dianjurkan untuk kegembiraan bersama.

Jumaat, 2hb Oktober 2009 –

“Hi! 2moro nite c OV’s punya b’day.”

Begitulah antara isi kandungan pesanan ringkas yang diterima Wayne daripada si Kakak pada hari sebelumnya. Bila ditanya semula siapa-siapa yang akan datang menghadiri majlis itu, semua pun ada katanya. Kalau begitulah jawabnya, maknanya seluruh ahli Biawak Anglers Cult sudah pasti berkumpul semula, ini termasukla si Daisin yang sekejap ada laaaaama menghilang.

Seawal pukul 7pm lagi mereka mula berkumpul di markas Biawak Anglers Cult di Ampang. Bagi Wayne yang terpaksa mengharungi kesesakan jalan raya yang kronik dari Bukit Jalil menuju ke Ampang, ketibaan lewat sememangnya tidak dapat dielakkan. Dia hanya tiba sekitar pukul 8.30pm. Ketika sampai, kelihatan si Will, Daisin dan Tony sudahpun menghabiskan 3 tin Tiger beer setiap seorang.

Menjelang pukul 9.20pm, semua dipanggil masuk ke ruangan utama untuk meraikan harijadi Ovel (ahli keluarga Biawak Anglers termuda) yang ke-2.

DSC00852DSC00853

Menu-menu yang disediakan untuk majlis ini semuanya home cooked termasukla kek harijadi si Ovel.

DSC00858

DSC00869

Sekali-sekala berkumpul begini memang meriah. Yang jauh datang bertandang, yang dekat datang berkunjung ditambah lagi dengan jenaka-jenaka yang timbul memang memeriahkan suasana pada hari itu. Lebih-lebih lagi menu-menu yang disajikan, sudah tentu membuka selera sesiapa yang melihatnya.

DSC00868

DSC00867

DSC00870

Antara menu-menu yang disajikan :-

DSC00854

DSC00855

DSC00859

DSC00865

DSC00866

Si Ovel yang sedikit terkejut dengan kedatangan orang ramai yang meriah tidak mahu berenggang dengan Will. Mungkin kerana tidak biasa dengan suasana sebegini agaknya­čÖé

DSC00861

DSC00863

DSC00864

Majlis ulangtahun harijadi Ovel yang ke-2 ini berakhir sekitar pukul 12.30am dengan si Daisin beransur pulang. Namun bagi ahli-ahli Biawak Anglers yang lain, majlis hanya berakhir sekitar 2.30am. Apakan tidak, masa-masa begini sahajalah peluang yang ada untuk beramah mesra bersama rakan-rakan yang jarang-jarang berjumpa untuk bercerita berseloka di antara satu sama lain.

Kepada pihak penganjur majlis, Biawak Anglers mengucapkan jutaan terima kasih atas jemputan dan hidangan yang enak-enak belaka. Kepada rakan-raka, saudara mara dan sahabat handai yang datang memeriahkan majlis, Biawak Anglers menghulurkan jutaan terima kasih kerana sudi datang memeriahkan majlis dan kepada OV…

Happy birthday to you

Happy birthday to you

Happy birthday to OV~

HAPPY BIRTHDAY TO YOUUUU~~~~

Sabtu, 26hb September 2009 –

Baru sahaja balik menamatkan trip 3 hari 2 malam di Pulau Ketam, belum sampai seminggu di rumah tangan mulai gatal semula untuk turun casting di Cyberjaya. Kalau ikut kata orang-orang tua, pantang belum habis lagi ni. Oleh kerana sudah tidak tahan lagi, Andy, Will & Wayne mengambil keputusan untuk menghilangkan kegelisahan di jiwa turun casting di Cyberjaya, tempat biasa.

Namun ada sedikit kelainan pada kunjungan kali ini, kalau pada hari-hari sebelumnya sudah pasti Biawak Anglers ini akan terpacak di Cyberjaya seawal pukul 7.30am. Kali ini trip diatur agak lewat dari kebiasaan. Mungkin kerana si Will masih lagi terasa gegara tarikan Kerapu yang tidak lagi habis-habis dari trip sebelumnya. Hari ini mereka tiba di tempat kejadian lebih kurang pukul 8.30am. Walaupun matahari sudah agak tinggi, namun pengunjung lombong itu tidak seramai seperti sebelumnya. Mungkin masih lagi sedang beraya fikir mereka.

Trip kali ini sebenarnya hanya untuk melepaskan gian sahaja dan seperti kunjungan-kunjungan sebelum ini, mereka mensasarkan Toman sebagai tangkapan. Setelah memilih lokasi-lokasi yang dianggap strategik, mereka pun memulakan acara casting yang hampir 2 minggu ditinggalkan. Wayne mengambil peluang ini untuk mencuba gewang Strike Pro Pencil yang baru dibelinya minggu lepas. Casting punya casting, tiba-tiba Andy mengubah hala pancingannya. Daripada menggunakan Pencil, dia bertukar menggunan gewang jenis sesudu. Untuk memancarkan cahaya di dalam air katanya.

Tiba-tiba Andy menyentap pancingnya dengan agak kuat disusuli kawalan tegangan kekili profil rendah jenama Ajiking Tournament Queen yang digunakannya. Rupa-rupanya Andy ternampak sekumpulan anak-anak Toman sedang boiling. Saiznya masih merah lagi. Baru sahaja sekali cast terus disambar oleh sang ibu nya. Memang garang ibu Toman tersebut. Setelah menjinakkan sang ibu Toman itu selama lebih kurang 2 minit, akhirnya ia berjaya didaratkan tanpa sebarang kecederaan.

9924_142699212485_537482485_2539517_7553048_n

9924_142699217485_537482485_2539518_1652098_n

9924_142699222485_537482485_2539519_7784907_n

Setelah puas mengambil gambar dan rakaman, ibu Toman itu dilepaskan kembali ke dalam lombong kerana kasihankan anak-anaknya yang masih lagi kecil yang memerlukan jagaannya. Ibu Toman berskala 1.7kg itu sudah cukup untuk mengubat gian casting selama 2 minggu walaupun tidak dibawa pulang sebagai tatapan semua.

Menjelang tengahari, Biawak Anglers pun mengorak langkah pulang ke markas bersama senyuman. Mungkin di lain hari akan lebih banyak lagi tangkapan-tangkapan yang lebih besar didaratkan dari sini untuk memeriahkan lagi laporan-laporan yang sedia ada. Dengan beredarnya Biawak Anglers ke markas, maka tamatlah laopran pendek kunjungan ke Cyberjaya untuk kali ini.

Sabtu, 19hb September 2009 –

Tatkala berjuta-juta rakyat Malaysia sibuk menyiapkan segala persiapan menyambut Aidilfitri, membeli-belah saat-saat akhir menjelang Syawal, Biawak Anglers juga tidak ketinggalan. Jikalau orang lain sibuk membelek kelendar untuk menziarah rumah saudara mana yang harus didahulukan, Biawak Anglers pula sibuk membelek kelendar melihat hari bila air pasang surut di Pelabuhan Klang yang sesuai untuk memancing. Jikalau orang ramai sibuk membeli baju raya, kasut raya & juadah-juadah yang patut disajikan di hari raya, Biawak Anglers pula sibuk membeli-belah joran baru, mesin baru, tali pancing baru dan segala peralatan-peralatan pancing untuk menduga Kelong Greenway di Pulau Ketam. Untuk trip kali ini, Wayne telah bersiap sedia dengan set barunya khas untuk pancingan air masin di kelong dan bot. Joran Xpuyu Monster Jig berkekuatan PE2-4 sepanjang 5’10” digandingkan bersama mesin Tomman Fire Cast CS7000 melengkapkan pasangan baru set M2M (Malaysian to Malaysian) milik Wayne.

Ahad, 20hb September 2009 –

Bangun seawal 6am, Biawak Anglers bersiap-siap sambil memastikan segala peralatan dan persediaan dilengkapi secukupnya. Tatkala muslimin dan muslimat seluruh negara bersiap sedia untuk menunaikan sembahyang raya, Biawak Anglers pula sibuk bersiap sedia untuk turun melaksanakan trip memancing mereka…apakejadahnya ini?.

Setelah memastikan segalanya mencukupi dan tiada apa-apa yang ketinggalan serta mengisi peralatan ke dalam kereta, kini hanya yang tinggal ialah misi mencari umpan-umpan segar di Pasar Pudu. Untuk trip kali ini mereka memilih umpan udang segar, ikan kembong & sotong sebagai taruhan di Kelong Greenway, Pulau Ketam. Memandangkan ini adalah kali pertama mereka mengadu nasib di situ, penggunaan umpan yang pelbagai adalah satu kemestian untuk menguji umpan manakah yang paling sesuai.

Setelah berpusu-pusu dan bersesak-sesak bersama orang ramai yang membeli-belah di Pasar Pudu, mereka bertiga pun bersedia untuk meneruskan perjalanan. Perjalanan dari Pudu menuju ke Pelabuhan Klang mengambil masa lebih kurang 1 jam. Keadaan jalanraya dan lebuhraya sekitar lembah kelang yang agak lenggang memudahkan lagi perjalanan mereka pada pagi itu. Mungkin kerana ramai penghuni-penghuni kota sudah pulang ke kampung halaman masing-masing pada hari-hari sebelumnya.

Setibanya di Hentian Komuter Pelabuhan Klang, Andy, Will & Wayne terus menurunkan segala apa yang patut dari kenderaan untuk dibawa ke Pulau Ketam. Memandangkan kawasan meletak kenderaan berhampiran jeti ke Pulau Ketam agak sesak, mereka mengambil keputusan untuk meletak kereta di tempat letak kereta stesen komuter Pelabuhan Klang sahaja. Dari sana mereka bertiga harus berjalan kaki sekitar 3-5 minit untuk ke jeti ke Pulau Ketam. Sangkaan mereka tentang bilangan pengunjung ke Pulau Ketam akan menurun ketika Hari Raya tahun ini agak meleset kerana bilangan pengunjung ke Pulau Ketam yang tidak putus-putus mula melambatkan perjalanan mereka menaiki feri ke Pulau Ketam.

DSC00805

DSC00804

Setelah berusaha bersesak-sesak dan menyelit-nyelitkan diri bersama penungunjung-pengunjung lain, akhirnya mereka bertiga berjaya meloloskan diri dari kesesakan orang ramai untuk menaiki feri. Kadar tambang yang dikenakan untuk penumpang-penumpang yang ingin menaiki feri berhawa dingin ini ke Pulau Ketam ialah :-

  • Dewasa = RM7
  • Kanak-kanak bawah 12 tahun = RM4

Perjalanan selama lebih kurang 20 minit dari Pelabuhan Klang ke Pulau Ketam menaiki feri berhawa dingin ini amat selesa walaupun ada kalanya terpaksa berhimpit-himpit untuk mencari tempat duduk yang lebih selesa.

Setibanya di Jeti Pulau Ketam, jam sudahpun menunjukkan pukul 12pm. Perut yang kekosongan kerana tidak sempat bersarapan di sebelah paginya terasa sungguh lapar. Tanpa berfikir panjang, mereka bertiga terus memunggah peralatan dan barang-barang yang dibawa menuju ke kaunter pendaftaran Greenway Travel & Tour untuk memaklumkan ketibaan mereka ke Pulau Ketam sambil menunggu pengangkutan seterusnya ke Kelong & Sangkar Ikan Greenway. Sementara menunggu bot sampai, mereka bertiga mengambil kesempatan itu untuk mengisi perut terlebih dahulu.

DSC00811

DSC00813

DSC00812

DSC00814

Semasa mereka bertiga tiba di jeti, mereka amat terpesona dengan suasanan dan persekitaran di pulau itu. Sedang suasana di kota hingar bingar dan sesak dengan orang ramai yang sedang beraya, keadaan disitu amat berlainan. Paling menarik ialah pengangkutan utama di pulau itu ialah basikal. Sungguhpun kecil, Pulau Ketam juga memiliki kemudahan-kemudahan awam seperti Balai Polis, Balai Bomba, Klinik, Pusat Komuniti, kedai-kedai serbaguna, restoran-restoran dan tempat-tempat menarik yang berbaloi dikunjungi. Menurut sumber-sumber tempatan, 90% penduduk di pulau ini berbangsa Cina dan majoriti penduduknya adalah nelayan & pengusaha sangkar-sangkar ikan. Tarikan utama di Pulau Ketam ini ialah restoran-restoran makanan lautnya yang sudah pasti menyajikan menu-menu makanan laut yang segar terus kepada pelanggannya.

Setelah menunggu sambil menjamu selera di samping menikmati pemandangan amoi-amoi yang lalu lalang, Andy dimaklumkan bahawa bot yang akan membawa mereka menuju ke Kelong/Sangkar Ikan Greenway sudahpun sampai di jeti. Perjalanan dari jeti menuju ke kelong mengambil masa lebih kurang 15 minit. Di sepanjang perjalanan, pengunjung-pengunjung berpeluang untuk melihat lebih dekat persekitaran Pulau Ketam serta sangkar-sangkar ikan & tiram yang diusahakan oleh penduduk-penduduk tempatan dengan usahasama dari Jabatan Laut Pelabuhan Klang.
DSC00815

DSC00816

DSC00818

Sangkar-sangkar ikan & tiram di sepanjang perjalanan :-

DSC00819

DSC00820

DSC00823

DSC00824

Semasa tiba di Sangkar Ikan/Kelong Greenway, jam sudahpun menandakan pukul 2pm. Mentari sudah memancar terik ubun-ubun kepala namun kegirangan mereka bertiga tidak dapat dibendung kerana sudah sampai ke destinasi yang dituju dengan jayanya.

Untuk trip kali ini, Biawak Anglers mengambil keputusan untuk tinggal selama 3 hari 2 malam di situ. Bayaran yang dikenakan untuk menginap serta memancing disitu ialah RM60 seorang untuk 1 malam. Oleh kerana trip ini mengambil masa 3 hari 2 malam, maka bayaran yang dikenakan untuk seorang ahli adalah RM110. Malam pertama dikenakan cas RM60 manakala bayarannya dikurangkan kepada RM50 untuk tempoh penginapan hari seterusnya.

Beginilah pemandangan di sekitar Kelong Greenway tersebut :-

DSC00825

DSC00827

DSC00828

DSC00830

DSC00831

Untuk bekalan tenaga elektrik di kelong ini, pihak pengurusan Greenway menggunakan kemudahan mesin generator memandangkan tiada saluran terus bekalan tenaga elektrik dari Pulau Ketam ke situ. Bekalan elektrik hanya dihidupkan bermula pukul 7pm – 7am setiap hari. Selain daripada itu, segala kemudahan asas seperti tandas, bilik tidur/chalet, dapur dan kantin turut disediakan di kelong tersebut. Setiap chalet mampu memuatkan 4 hingga 6 orang pengunjung pada satu-satu masa.

9924_142697097485_537482485_2539486_748487_n

9924_142697102485_537482485_2539487_879982_n

Untuk yang berkeluarga pula, terdapat bilik khas yang lebih luas untuk tempahan. Untuk mereka-mereka yang ingin memasak sendiri di sini, kemudahan dapur serta peralatan-peralatan yang diperlukan seperti periuk kuali dan pinggan mangkuk ada disediakan. Anda cuma perlu membawa bahan-bahan untuk memasak sahaja. Bagi mereka yang suka memanggang, ruangan khas BBQ juga disediakan, cuma arang dan fire starter sahaja harus dibawa oleh pengguna sendiri. Bekalan ais juga turut disediakan oleh pihak pengurusan kelong tersebut untuk memastikan ikan dan umpan tetap kekal segar sehingga penghujung trip.

Suasana malam di sini amat menenangkan dan amat sesuai untuk mereka-mereka yang ingin memancing malam secara santai. Berbekalkan sumber cahaya daripada lampu-lampu yang dipasang di sekeliling sangkar serta pelantar-pelantar dan pondok rehat, pengunjung tidak perlu lagi membawa lampu suluh dan khemah semasa memancing malam.

DSC00833

DSC00835

Makan malam Biawak Anglers pada malam itu bermenukan Ikan Masak Asam Pedas yang disediakan oleh Andy sebagai pengisi perut. Sehingga pukul 3am, arus air pasang semakin kuat dan dengan ini Biawak Anglers mengambil keputusan untuk berehat sementara menunggu arus perlahan semula keesokan harinya.

Isnin, 21hb September 2009 –

Seawal pukul 6.30am, Andy & Wayne melabuhkan pancingan mereka untuk menduga arus yang kelihatan semakin tenang. Baru saja batu ladung dan pancing dilabuhkan, berturut-turut getuan dan sentapan diterima daripada ikan Gelama & Duri. Andy dan Wayne tidak putus-putus mendaratkan Gelama dan Duri sepanjang pagi itu. Beginilah antara rupa ikan Duri yang menjadi pembuka pancing Biawak Anglers pada hari itu;

DSC00836

Menjelang sekitar pukul 9am barulah Will menyertai acara pancingan mereka pagi itu. Sambil bersantai dan menghisap rokok Dunhillnya, Will memasang pancingnya berumpankan hirisan isi ikan Kembong sebagai taruhan.

Selang beberapa ketika, tiba-tiba mereka bertiga dikejutkan dengan bunyi tarikan drag kekili yang agak nyaring, mata masing-masing terus melilau mencari arah dari mana bunyi itu datang. Serentak dengan itu juga Will menerkam ke arah pancingnya. Melihatkan keadaan itu Andy & Wayne menanti dengan penuh teruja untuk melihat ikan jenis apakah yang terjerat pada mata kail si Will hari ini.

Setelah beberapa minit melawan arus dan menjinakkan tarikan pancingnya, akhirnya Will berjaya mendaratkan seekor kerapu berskala 1kg++ sebagai tangkapan pembukaannya hari itu.

DSC00837

DSC00841

DSC00842

Untuk jamuan makan tengahari mereka bertiga, sajian kali ini sudah tentunya bermenukan ikan Kerapu hasi pancingan Will tadi dan juga beberapa jenis tangkapan sebelumnya yang didominasikan oleh gelama dan duri. Tidak ketinggalan juga menu pari hasil tangkapan malam tadi.

9924_142697107485_537482485_2539488_6047826_n

9924_142697117485_537482485_2539489_8054565_n

9924_142697127485_537482485_2539490_4665350_n

9924_142697137485_537482485_2539491_792467_n

Menu ‘Inava’ hasil sajian Will hari itu betul-betul membuka selera sehingga tidak cukup nasi mereka bersantap makan tengahari hari itu.

Pada sebelah petangnya, acara pancingan agak sedikit perlahan dengan perubahan arus air surut yang agak deras membantutkan pancingan dasar. Batu ladung saiz 5 tidak lagi sesuai digunakan pada masa tersebut kerana arus dasarnya yang kuat membuatkan batu ladung hanyut terlalu laju. Keadaan itu berterusan sehingga ke malam hari. Menjelang pukul 7.30pm barulah keadaan agak tenang sedikit. Acara pancingan untuk malam ini agak berlainan sedikit daripada sebelumnya, kali ini Andy dan Wayne berusaha untuk memancing spesis Tamok, Belanak dan Belais yang banyak sekali kelihatan berlegar-legar di sekeliling sangkar. Kemungkinan besar ikan-ikan tersebut memakan sisa-sisa makanan di luar sangkar selepas ikan-ikan yang diternak di dalam sangkar tersebut selesai diberi makan sebelumnya.

Sepanjang malam itu beberapa tarikan diterima namun hanya beberapa ekor sahaja yang berjaya didaratkan akibat terlampau teruja. Pancing Andy juga sempat diputuskan oleh seekor ikan yang tidak dapat dikenal pasti spesisnya kerana belum sempat didaratkan, ikan itu sempat memecut langsung memutuskan tali 10lb milik Andy. Pancingan berlarutan sehingga pukul 10pm dan terpaksa diberhentikan kerana hujan lebat turun mencurah-curah. Lebih malang lagi chalet yang didiami Biawak Anglers Cult mengalami kebocoran atap mengakibatkan tilam dan lantai chalet dibasahi teruk. Malam itu, mereka bertiga bergelimpangan sahaja di mana kawasan yang tidak teruk dibasahi hujan.

Selasa, 22hb September 2009 –

Hari ini merupakan hari terakhir Biawak Anglers berada di Kelong Greenway. Tidak banyak aktiviti dilakukan semasa hari terakhir ini. Bot yang akan membawa mereka pulang ke Pulau Ketam dijadualkan tiba sebelum tengahari. Setelah selesai mandi dan bersarapan, mereka bertiga mula mengemas-ngemaskan peralatan dan bekalan untuk dibawa pulang.

Secara keseluruhannya, trip 3 hari 2 malam di Sangkar Ikan/Kelong Greenway kali ini boleh dikira berjaya. Sungguhpun terpaksa menempuh keadaan chalet yang basah ditimpa hujan, semuanya dianggap berjalan lancar. Walaupun ada sedikit over budget berlaku semasa perancangan trip pada sebelah awalnya. Antara hasil-hasil pancingan yang berjaya didaratkan di sepanjang Biawak Anglers Cult berada di kelong tersebut ialah :-

  • Pari = 3 ekor
  • Kerapu = 1 ekor
  • Belanak/Tamok = 5 – 6 ekor
  • Belais = 2 ekor
  • Duri = 7 – 8 ekor
  • Gelama = … tidak terkira

Biawak Anglers tiba di markas Ampang sekitar pukul 3.30pm. Dengan ini maka tamatlah trip Beraya Di Kelong Greenway, Pulau Ketam selama 3 Hari 2 Malam. Semoga di lain kali akan lebih banyak hasil yang akan dibawa pulang sebagai piala dan tatapan semua.