“Cepat pikir apa planning kita untuk minggu ni.” Tertera luahan perasaan si Will ketika menghubungi Wayne melalui sistem pesanan segera Facebook. Wayne yang agak terkejut atas gesaan itu bertanya kepada Will kembali…”Kenapa?”.
“Bingung sudah sya fikir ni. Ada orang mau ikut kita pi memancing hujung minggu ni.” Balas si Will
“Ada orang mau ikut?” susul si Wayne kehairanan sedikit.
“Ya, dorg bawa BBQ sekali ni. Ramai mungkin yang ikut.” Jawab si Will kembali.
“Ramai? brapa orang tu?” Wayne semakin kehairanan.
“Mungkin dalam 20 orang gitu la. Kita pigi Ulu Yam la macamana?” sambung si Will lagi.
Wayne yang masih lagi dalam keadaan terkejut mengiyakan sahaja cadangan si Will itu.Trip-trip sebelum ini tidak pernah ada permintaan sebegini yang diterima oleh Biawak Anglers. Manakan tidak, kalau sebelum ini mungkin hanya seorang dua sahaja sahabat-sahabat yang menyatakan hasrat untuk menyertai trip memancing yang sering dijalankan oleh Biawak Anglers. Namun kali ini jumlahnya meningkat sehingga 20 orang!!!. Mahu tak terkejut?
Sabtu, 17hb Oktober 2009 –
Cuaca di luar kelihatan agak cerah dan menarik sekali untuk melakukan aktiviti-aktiviti luar. Kegembiraan berganda dirasa apabila menyedari bahawa hari ini adalah bersamaan sambutan perayaan Hari Deepavali. Si Ovel yang sebelum ini selalu bangun lewat betul-betul bersemangat untuk mengikuti trip memancing sambil berkelah kali ini.
Sambil memastikan segala peralatan dan bekalan yang disediakan mencukupi, kumpulan Biawak Anglers pun meneruskan perjalanan aktiviti hari ini menuju ke Ulu Yam. Para sahabat yang bercadang menyertai trip ini sudahpun bergerak ke destinasi yang dijanjikan mendahului kumpulan Biawak Anglers. Trip kali ini diwakili oleh Andy, Wayne, Aynie @ Kakak, Ovel & Will selaku penganjur bersama dari kumpulan Biawak Anglers.
Ketika tiba di destinasi, jam sudahpun menunjukkan pukul 9am. Pancaran matahari diselangi tiupan angin yang nyaman makin membangkitkan semangat dan keceriaan trip kali ini. Bukan selalu boleh bertemu & bersua dengan rakan-rakan & sahabat dari dunia maya sambil beriadah seumpama ini. Lebih-lebih lagi inilah kali pertama kumpulan Biawak Anglers mendapat penghormatan untuk menganjurkan aktiviti bersama seumpama ini.
Setelah mengeluarkan & menyediakan segala apa yang patut, mereka pun memulakan aktiviti yang mereka tunggu-tunggu iaitu memancing sambil berkelah. Dalam kesibukan itu, ada yang mengambil peluang untuk bersarapan dan mengisi perut yang sememangnya kelaparan kerana belum sempat bersarapan pagi. Ada juga yang mengambil peluang untuk menikmati pemandangan dan keindahan alam sekitar di perkarangan tasik empangan Ulu Yam itu. Bagi Biawak Anglers, kesempatan ini digunakan sebaiknya untuk menyediakan set-set pancing yang dibawa.
Untuk menghargai sambutan daripada para sahabat yang datang, si Will berbesar hati memberi tunjuk ajar serta khidmat nasihat tentang cara-cara memancing & memasang umpan kepada mereka. Manakala Andy dan Wayne pula sibuk mengejar kumpulan-kumpulan anak Toman yang sedang galak bermain air sambil menunjukkan cara-cara seorang amatur casting.
Sementara yang lain pula mengambil peluang untuk beramah mesra diantara satu sama lain untuk mengeratkan lagi semangat persaudaraan di dalam diri masing-masing.
Sehingga menjelang 2:30pm, acara memancing didominasikan oleh Biawak Anglers. Hasil tangkapan si Andy seorang sahaja mencecah sehingga 20 ekor manakala Wayne pula melepasi par 10 ekor dan Will juga menambah koleksi dengan beberapa ekor tangkapan namun tiada seekor pun yang dibawa pulang. Kesemuanya selamat di C’N'R (Catch & Release). Malang sekali keghairahan itu tidak sempat dirakam oleh lensa kamera mereka kerana masing-masing teruja dan hanya dapat disaksikan oleh mereka-mereka yang hadir sahaja.
Setelah matahari semakin memancar terik, para hadirin mengambil peluang untuk bersantai sambil menikmati pemandangan di kawasan sekeliling. Bagi peserta kanak-kanak pula, kegirangan mereka terpancar di wajah masing-masing apabila mereka ramai-ramai turun bermain air yang sejuk di beting pasir tidak jauh dari pondok tempat mereka berehat sambil diawasi oleh penjaga masing-masing.
Menjelang petang barulah mereka semua mengambil keputusan untuk mengorak langkah pulang menuju ke destinasi masing-masing setelah sepanjang hari beramah mesra sambil menghayati keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan di tasik empangan Ulu Yam ini. Sebelum berangkat pulang, mereka sempat mengabdikan beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan untuk ditatapi di masa-masa akan datang.
Say cheeesssseeee~~~
Dengan kesempatan ini Biawak Anglers Cult ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat handai dari Facebook yang sudi menghadirkan diri pada trip anjuran bersama ini terutamanya kerana sudi menyediakan makanan-makanan yang sungguh enak sehingga menjilat jari itu. Terima kasih juga kerana sudi menjadi teman sepemancing kepada Biawak Anglers yang hanya sekumpulan sahabat pemancing amatur kecil-kecilan.
Secara rasmi, trip Hari Keluarga Anjuran Bersama Biawak Anglers & Facebook ini ditamatkan sekitar jam 4pm dengan semua para peserta bergerak pulang ke destinasi masing-masing. Semoga di masa-masa akan datang akan lebih banyak trip-trip sukan dan rekreasi seumpama ini akan dianjurkan untuk kegembiraan bersama.



















Wwaaaa……..
Best nya……. Kalo aku ada transport nanti mau aje aku join
korang semua…..
Aku minat event sebegini….
Santai bersama famili sambil memancing….
Tahniah sekali lagi….
Tu la, haritu kalau nko ada ikut lagi meriah
.
Lain kali kita buat lagi sekali amacam? *wink wink*
Btw, nko balik amik anak bini nko brapa haribulan?
Aku balik ke Sarawak 26.10.2009 ni…
29.10.2009 aku dah ada di Semenanjung….
Ada rezeki nanti kita buat lagi event sebegini…
Saya mesti pilleyyyy……
Aiee! skejapnya balik kampung? Hmmm…kalau ada planning 31hb ni amacam? boleh ikut ke?
ataupun masa tu dah kena rantai bang? fufufu~
regarding tasik ampang… aritu saye try pancing dekat situ… pagi try pakai dedak and cacing.. tapi xde hasil… and then try pancing petang dengan umpan anak ikan… hasilnye sekor kura2 je…
ade ape2 tips x untuk macing dekat sini…
about casting… saye x sure mane nak beli any artificial lures and macam mane nak setup pon xtau….
cos… aritu nampak ade orang casting… tgk die tukar2 bait cepat je….
Apa???? ada pergi sana? Bila?
Kitorg pun dah lama x pergi sana, walaupun dekat dgn markas sbb dulu pergi mancing kat sana kena halau ngan pak guard. katanya dah x boleh mancing.
Tips? hmmm….
biasanya kalau nak mancing patin kat situ, kitorg pakai umpan roti gardenia je. Kalau pakai dedak atau cacing, ikan tilapia je yg sllu makan. Untuk toman, kebanyakannya sllu pakai umpan anak keli hidup atau isi ikan tilapia. Tp masalah kalau pakai isi ikan tilapia ni, sllu sgt kena kacau oleh kura-kura.
Hmmm….nak casting ni kena rajin je & byk labur kat lures. Tp casting ni seronok sbb dapat kejar ikan timbul kat mana-mana, berbanding dgn mancing dasar yg main tunggu. kena banyak sabar. Kalau nak casting toman, saya sarankan bagus bermula dengan lure jenis popper. lure jenis ni senang sikit nak praktik berbanding pensil & minnow.
Kat area Pandan Mewah, bersebelahan dengan Hospital Ampang ada satu kedai pancing IGFA. Dekat ngan kedai2 & rumah2 flat tu. Kitorg sllu pergi sana kalau nak cari lure. Harga kat sana mmg berpatutan.
Adusss……… alu sik madah ngan aku pun…. best… best….
Bang din, bukan sik mok madah…tok planning org bah. mun kita2 jak aku rasa nang mabeles juak la hehe.
Sekpa2, kita nak ka ada planning mandi manda juak kak tok nak? haha~
saye pi baru2 ni jugak… oo ade ikan patin ye??
pakai roti tu macam mane? sangkut je terus dekat mata kail? x tercabut ke bile baling… sori noob lagi bab2 fishing ni…
saye pi x masuk taman… saye fishing dekat area rumah yg macam castle tu… ade satu spot yg x msuk area taman… xde pak guard..
Yup, kat sana memang ada ikan Patin, tp ikan Patin kat sana selalu main kat tengah2 tasik tu. Nak kena humban kuat-kuat baru boleh sampai. Umpan roti gardenia tu kalau baru beli biasanya tahan lama. Kalau fresh lagi, roti tu masih lagi tinggi kadar fibre & moist. Cuba kepal roti tu kalau baru beli kat kedai, cuma buang crust dia je…mesti boleh kadi bulat & keras kan? Tapi kalau dah lama @ expired, roti tu dah kurang moist jd dia akan cepat hancur. Setakat ni kitorg pakai umpan roti gardenia tu, dia boleh tahan dalam air sekurang-kurangnya 4 jam baru dia hancur.
Laa~ masuk ikut rumah agam putih tu ke? kalau masuk ikut situ xde org nak kacau la. Kecuali owner tanah tu datang je baru xleh mancing sana. Ingatkan masuk ikut pintu besar taman tu hehe. Kalau kat area rumah agam putih tu pak guard x kacau sbb kawasan tu dah dikira kawasan tanah persendirian, bukan kawasan DBKL dah.
ya.. rumah tu…
BTW… saye pergi cari kedai pancing dekat2 area Hospital Ampang tu… x jumpe la… boleh x bagi map…
Tak jumpa? :O
Hmmm….map xdela pula nak post kat sini.
Dia betul2 sebelah ngan Hospital Ampang tu je. Daripada pintu masuk utama hospital tu, kedai pancing tu betul2 kat blok shophouse berdepan ngan pintu masuk tu. Tapi kedai pancing tu menghadap ke belah2 rumah flat. Kena masuk area rumah2 flat tu baru nampak entrance kedai. Sebelah kedai pancing tu byk restoran2.
Bro.. hehe nk tanye lagi.. susahla nk tanye through comments ni.. kalo boleh bg email lagi memudahkan la..
saye ni… sbenarnye student dkat MMU Cyberjaya… so mmg dekat dgn tasik belakang MMU tu.. nampak dari gambar2 bro mancing dkat Cyber tu mmg cam la banggunan2nya…
Tapi nak tahu la… kat mana jalan masuk pi tempat fishing yg sesuai?
sbb x jumpe pon tempat yg lapang untuk cast… slalu ade rumput/lalang je kat dalam air…
hehe~ sbnrnya mmg xde tpt lapang untuk cast kat area2 tu melainkan kawasan berhampiran dgn Dewan Komuniti tu. Lagi satu kawasan lapang, berhampiran tapak cadangan pembinaan masjid tu….tp nak masuk ikut sana kena jalan kaki sikit baru sampai ke tasik. Nak bawak moto ke kereta ke memang tak lepas. Biasanya kitorg kalau nak ke tebing seberang tu kitorg redah air je.
Hmmm…senang crite camni, tau tak mana letaknya Taman Tasik Komuniti Cyberjaya? Yang hujung-hujung minggu biasanya ada org buat lap go-kart ataupun drifting tu. Masuk je dari situ, kompom nampak tasik tu
BTW… Ikan apa ade dalam tasik cyberjaya tu??
ikan apa? hmmm….toman, haruan, patin, tongsan, lee koh, baung & tilapia kot. Itu je yang kitorg pernah nampak kat sana. Tp biasanya kitorg target toman je.
Bro… nk mintak tunjuk ajar la… saye ngan member da pegi 2-3 kali da casting dekat lombong cyber blakang MMU tu….
tgk bro punye hasil macam menarik.. tapi bile kitorang pi xde plak hasil…
dah try pakai ikan keli jugak… last2 ikan keli tu mati…
tolong2… da x tahan nk dapat hasil ni…
macamana rezeki akhir-akhir ni? Dah dapat naikkan toman cyber? Jangan la putus asa bro hehe. Kita tunggu musim panas sikit, time tu toman galak main atas air. Kalau rezeki bagus ada lah yang naik tu. Kitorg dulu pun kena tunggu sebulan dua baru dapat BAIK PUNYA~