Jumaat, 2hb Oktober 2009 -
“Hi! 2moro nite c OV’s punya b’day.”
Begitulah antara isi kandungan pesanan ringkas yang diterima Wayne daripada si Kakak pada hari sebelumnya. Bila ditanya semula siapa-siapa yang akan datang menghadiri majlis itu, semua pun ada katanya. Kalau begitulah jawabnya, maknanya seluruh ahli Biawak Anglers Cult sudah pasti berkumpul semula, ini termasukla si Daisin yang sekejap ada laaaaama menghilang.
Seawal pukul 7pm lagi mereka mula berkumpul di markas Biawak Anglers Cult di Ampang. Bagi Wayne yang terpaksa mengharungi kesesakan jalan raya yang kronik dari Bukit Jalil menuju ke Ampang, ketibaan lewat sememangnya tidak dapat dielakkan. Dia hanya tiba sekitar pukul 8.30pm. Ketika sampai, kelihatan si Will, Daisin dan Tony sudahpun menghabiskan 3 tin Tiger beer setiap seorang.
Menjelang pukul 9.20pm, semua dipanggil masuk ke ruangan utama untuk meraikan harijadi Ovel (ahli keluarga Biawak Anglers termuda) yang ke-2.


Menu-menu yang disediakan untuk majlis ini semuanya home cooked termasukla kek harijadi si Ovel.


Sekali-sekala berkumpul begini memang meriah. Yang jauh datang bertandang, yang dekat datang berkunjung ditambah lagi dengan jenaka-jenaka yang timbul memang memeriahkan suasana pada hari itu. Lebih-lebih lagi menu-menu yang disajikan, sudah tentu membuka selera sesiapa yang melihatnya.



Antara menu-menu yang disajikan :-





Si Ovel yang sedikit terkejut dengan kedatangan orang ramai yang meriah tidak mahu berenggang dengan Will. Mungkin kerana tidak biasa dengan suasana sebegini agaknya



Majlis ulangtahun harijadi Ovel yang ke-2 ini berakhir sekitar pukul 12.30am dengan si Daisin beransur pulang. Namun bagi ahli-ahli Biawak Anglers yang lain, majlis hanya berakhir sekitar 2.30am. Apakan tidak, masa-masa begini sahajalah peluang yang ada untuk beramah mesra bersama rakan-rakan yang jarang-jarang berjumpa untuk bercerita berseloka di antara satu sama lain.
Kepada pihak penganjur majlis, Biawak Anglers mengucapkan jutaan terima kasih atas jemputan dan hidangan yang enak-enak belaka. Kepada rakan-raka, saudara mara dan sahabat handai yang datang memeriahkan majlis, Biawak Anglers menghulurkan jutaan terima kasih kerana sudi datang memeriahkan majlis dan kepada OV…
Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to OV~
HAPPY BIRTHDAY TO YOUUUU~~~~
Happy Brithday…..
Kak tok tunggu bday baby kau gik pok huehue~
Hi… Nak tanye sket.. 1st mintak maaf la… xtau cane lagi nak contact…
I need Info about fishing at Tasik Ampang Hilir…
please email me at jemeput@hotmail.com
Hi,
. Info tentang Fishing at Tasik Ampang Hilir? Tasik Ampang Hilir tu terletak bersebelahan dengan lebuhraya MRR2 dari Tesco Ampang menghala ke area Ampang di sebelah kiri. Pintu masuknya ada 2. Pertama, dari Jln. Ampang Hilir & kedua, dari Jln Perwira off jln. Ampang Hilir. Tp untuk makluman saudara, dukacita dimaklumkan bahawa tasik ni dah x boleh nak memancing sejak ia dibuka kepada umum baru2 ni. Kalau dulu masa2 tempat ni belum lagi jadi taman rekreasi sepenuhnya, ini lah tempat paling dekat untuk casting di kawasan Ampang.
kontek kat sini je pun xpe. Kalau ada apa2 nak tya, just komen kat mana2 post kitorg nnt kitorg akan reply kalau berkesempatan