Semenjak dari tahun-tahun lepas Andy cuba menghasilkan karya masterpiece nya berkaitan gewang-gewang buatan sendiri. Beliau telah beberapa kali menyatakan hasratnya untuk cuba menandingi Anthony Ooi, antara lagenda pembuat gewang tempatan. Berorientasikan gewang-gewang terkenal di pasaran, Andy cuba mereplikakan beberapa jenis gewang itu untuk dijadikan koleksi peribadinya.
Inilah antara hasil-hasil karya Andy yang sempat dirakamkan dalam bentuk photo:-
Sejak kebelakangan ini, sudah ada sahabat-sahabat Biawak Anglers yang bermurah hati menempah beberapa buah gewang buatan Andy untuk diuji. Sungguhpun skema pewarnaan gewang-gewang ini masih mempunyai ruang untuk diperbaiki lagi namun keberkesanan gewang-gewang buatan Andy telah lama terbukti. Jangankan sang Toman, si Kerapu Lombong yang cilik pun teruja melihat gerakan & mainannya. Kehebatan gewang-gewang buatan tangan ini juga kadang-kadang menyeksakan kerana telah beberapa kali berlaku kejadian gewang-gewang ini “diculik” oleh ikan-ikan Toman kerana keanggunan gerakannya.
Baru-baru ini seorang sahabat Biawak Anglers telah menempah beberapa ketul gewang daripada Andy untuk dibuat bahan ujikaji kegunaan air masin. Antara gewang-gewang yang ditempah adalah seperti berikut:-
Dari kiri ke kanan :-
- Lucky Craft Gunish Replica 12cm
- Yo-Zuri Surface Cruiser Replica 13cm
- Yo-Zuri Surface Cruiser Replica 13.5cm
- Andy’s Froggie Pop 5cm
Pemilihan warna adalah berdasarkan warna yang menyerupai persekitaran dan juga warna-warna yang popular digunakan pada gewang-gewang berjenama yang terkenal di pasaran. Namun, proses pewarnaan gewang-gewang buatan Andy biasanya hanya menggunakan cat tin aerosol sahaja. Tidak seperti gewang-gewang komersial yang menggunakan air-brush.
Untuk menambahkan lagi koleksi-koleksi gewang buatannya, Andy juga menghasilkan gewang-gewang jenis selaman cetek dan dalam. Antara gewang-gewang jenis selaman yang masih di dalam proses pembuatan adalah seperti berikut.
Untuk isu akan datang, kita akan saksikan koleksi gewang permukaan yang telah dibuat oleh Andy disamping melihat hasil akhir gewang-gewang yang masih lagi dalam pembuatan.
(bersambung…)
salam persahabatan bro..hebatnya hasil tangkapan kamu semua…harap dpt bersahabat…saya mizlan dr labuan…minat casting haruan dan toman…lawatilah blog saya..http://darkartcaster.blogspot.com/
Salam persahabatan 🙂
Terima kasih kerana sudi melayari laman kami yang tidak seberapa ini. Kami juga berbesar hati menyambut salam dari saudara di seberang lautan. Jika ada masa terluang, sudah pasti kami akan melayari laman blog saudara itu. Semoga kita dapat berkongsi pengalaman serta pengetahuan tentang sukan yang kita minati bersama ini.
Aku sedeh…
Popper yang aku tempah hari tu,
yang belang ijau tu dah kena culik GT di P9….
Untuk menghilangkan kesedihan, aku terpaksa
tempah lagi 10 set popper tu…
Sepuloh tau….
Satu cadangan dari ku…
Apa kata kasi nama untuk popper keluaran Andees
ni… Senang nak tempah….
Terubuk, kitorg dapat sms nko haritu tp tarak credit nak reply. Nak reply dalam KPN pun website xleh masuk. Server problemo lagi kot.
Kitorg turut berduka cita atas kehilangan itu. Pembuat gewang juga turut berdukacita kerana dia sendiri pun belum test gewang tu main GT, tau2 nko dah hantam GT dulu daripada tuannya.
Buat pengetahuan En. Terubuk, sabtu lepas Biawak Anglers ada buat Family Day & Piknik dengan sanak saudara & sahabat handai dari Facebook kat Ulu Yam sepanjang hari. Acara memancing didominasi oleh kitorg. Hantam anak2 toman boiling….overall Andy sorg jak dapat strike at least 30 ekor & lost counts. Aku (wayne/madcat) dapat 1st time double-hook on Bakau Fat King minnow haha~. Nantikan report Family Day kitorg.
Tp malangnya gambar dapat ikan gagal dirakam sbb kameraman (aku) menyelam di air :(. Dapat ambil gambar dari kamera org lain ja la.
Wah….
Aku baru je baca xtvt korang tadi…
Tapi aku tak respon lagi la kat page tu…
Aku nak check mesej yang aku tinggalkan kat sini….
Popper tu memang stabil walaupun dalam keadaan air yang bergelora…. Cuma satu aje… Kalau noleh buat saiz yang agak besar sedikit…. Buat dua saiz.
Satu saiz biasa, satu saiz yang besar skek….
Aku tempah 10 set tau…..
3 yang besar, 7 yang kecil…..
Pattern yang mula-mula aku order tu la…
Ada apa-apa, kasitau la ek…
Terubuk,
hehe~ order nko tgh pending to approve dari Andy. Skrg ni dia tgh tunggu nko bawak pegi P9 balik. Dia kata kalau nak test gewang tu mesti bawak dia skali gak haha. Skrg ni dia dalam proses menyiapkan gewang P9 kepunyaannya.
Ni yang wat aku marah ni…..
Kalo aku tak da gewang takkan aku nak casting kat P9 ngan korang guna swivel aje….
Wawawawa~ XD
sabar pak…sabar ya…
Gewang yang ditempah tu dah masuk dalam list. skrg ni tgh nak carik kayu yang bagus sikit untuk gewang laut. bukan apa, kayu yg ada skrg x sesuai…mcm cepat reput sikit. kalau sumbat pakai epoxy 2 tan byk2 takut nnt daya apungan makin kurang. Sama2 la kita menunggu gewang tu siap.
(~.^)V
Tak sabar nak test gewang custom ni lagi….
Mantopppp!!!!!!!!
Haha~ kita sama-sama pileyyy!
rasanya bila la dapat turun P9 ni ye?
*wink wink* 😛
Next year perhaps…
Just ample of time for y’all to standby da lures….
Sure thing dude :). Furthermore, there’s still a lot of rooms spared for next year’s schedule.