Feeds:
Posts
Comments

BAC-res-2

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan selamat datang kepada para pembaca yang sudi singgah di laman kami ini samada sekadar melawat, melayari helaian-helaian laporan atau ingin memberi komen kepada kami.

Kami juga ingin memberi jutaan penghargaan kepada mereka-mereka yang telah banyak memberi sokongan serta panduan kepada kami sepanjang kami menceburi bidang yang semakin berkembang ini. Kepada rakan-rakan yang sering bersama meredah belantara dan bergelumang selut lumpur bersama selama ini, jutaan terima kasih juga kepada anda semua.

Kepada ramai lagi teman-teman diluar sana, kami tidak lupakan anda :) dan kepada mereka yang sedang melayari, semoga anda mendapat manfaat dan panduan yang seadanya daripada apa yang kami paparkan di sini.

Terima kasih & selamat datang.

Ahad, 29 Januari 2012

“Tunggu kejap, aku dah on-the-way”. Sahut Madcat lalu meletakkan semula telefon.

Kali ini harus pastikan yang perancangan ini berjalan. Sudah beberapa bulan ianya ditangguhkan dek kerana masa bertugas sering kali tidak menyebelahi ahli-ahli komplot.

Kedatangan saudara Terubuk Sarawak dan seorang lagi rakan searena menghangatkan lagi perancangan memancing pada hari ini. Kalau pada tahun-tahun sebelumnya mereka sering mensasarkan Toman-Toman bagak dan liar di sekitar lombong, empangan dan Taman Negara di semenanjung, kini di Sarawak sasarannya sedikit berbeza. Walaupun tergolong dalam keluarga Snakehead namun, spesis Haruan lebih sinonim dengan lingkungan geografi di Bumi Kenyalang.

Komplot dimulakan sekitar 9:00am ketika matahari baharu memancarkan keterikan yang lembut ke arah kulit dan flora-flora di persekitaran. Lokasi kali ini, di kampung halaman si Madcat. Cuaca pagi ini sungguh indah dan tenang sehinggakan ikan-ikan sasaran dapat dilihat sedang bermain dan mencari makanan di permukaan air menanti mangsa. Kami bertiga memulakan perjalanan menyusur kolam dan tali air dari hulu ke hilir supaya mudah menjejak aliran air dan ikan-ikan sasaran.

Dari tebing, kelihatan seekor induk Haruan sedang berlegar-legar di permukaan air mencari makanan dan mangsa. Mungkin sedang menikmati panahan mentari pagi sambil mencari makanan. Sekilas itu, Madcat mencadangkan agar saudara Terubuk membaling cast pertama beliau ke arah sasaran tersebut.

Tidak disangkal sama sekali, beginilah hasilnya:

Keseronokan casting pagi itu berterusan dengan tangkapan seterusnya dari seorang lagi ahli komplot:

Senyuman demi senyuman diukir pada pagi itu sehinggakan panahan terik mentari yang menyengat langsung tidak dihiraukan lagi. Masa berlalu pun tidak diendahkan dek kerana keasyikan yang tidak putus-putus. Menjelang jam 12:00 tengahari, komplot ditamatkan dengan ahli-ahli dijamukan dengan buah-buahan dan minuman ringan sementara menunggu peluh turun dan menenangkan gelora di dada akibat terlalu seronok dan mengenang kembali saat-saat tangkapan terlepas dan beberapa kali terkena ‘miss call’.

Dan beginilah hasil yang dibawa pulang…cukup lumayan

Perancangan ini tamat sekitar 1pm dengan masing-masing beransur pulang menuju destinasi masing-masing. Namun kepulangan itu kini diiringi seribu kenangan manis dan senyuman yang tidak henti-henti terukir. Semoga di lain hari masih ada lagi peluang-peluang seperti ini dapat dikecapi sekali lagi sementara masih berkemampuan. Terima kasih juga kepada ahli-ahli komplot yang masih patuh kepada taktik ‘Catch N Release’ kepada saiz-saiz penyambung generasi sepanjang mengikuti komplot kali ini.

Semoga berjumpa lagi di masa-masa akan datang dengan lebih banyak lagi laporan-laporan yang lebih menggegar jiwa.

Sekian, terima kasih.

Berkurun lama rasanya Biawak Anglers tidak melaporkan sebarang aktiviti untuk dimuatkan di laman blog ini. Sejak-sejak perpisahan ahli pada tahun lepas, gerakan-gerakan menggempur dan mencari lubuk-lubuk baru pun agak surut. Bukan kerana patah semangat atau hilang arah tujuan tetapi ini suatu lembaran perjalanan yang baru buat ahli-ahli kumpulan Biawak Anglers.

Sabtu, 18 September 2010.

“Pukul berapa kita mahu berangkat besok?” Tanya Alvin yang kedengaran berminat untuk trip memancing di Samarahan kali ini.

“Agak-agak pukul 7am kita berangkat ke Kpg. Plaman Baki dahulu untuk singgah mengambil Bujang, lepas tu kita terus bergerak ke Kota Samarahan. Terubuk dan yang lain-lain akan jumpa kita terus di Kota Samarahan.” Terang Wayne tentang perancangan perjalanan pada keesokan harinya.

“Umpan kita macamana?” Soal Alvin kembali.

“Kita pergi casting sahaja. Umpan tu pakailah gewang aku dahulu sementara belajar casting.” Sahut Wayne yang kebingungan memikirkan set pancing yang kelihatan tidak mencukupi. Kalau mengilat sahaja memang set pancing tidak cukup. Wayne ada 1 set pancing ringan manakala Alvin pula hanya ada satu. Untuk Bujang macamana?

Serentak dengan itu, Wayne menghantar teks pesanan ringkas kepada Terubuk untuk membawa set pancing lebih bimbang jika ada yang tidak memancing di sana nanti. Selesai berunding dengan Terubuk barulah kelihatan pandangan lega pada mukanya.

Ahad, 19 September 2010

Jam baru menunjukkan pukul 6am namun Wayne yang kini sudah berpindah ke kampung halamannya di Sarawak sudahpun bangkit dari tidur dan telah siap bersiram. Sambil menunggu Alvin, seorang sahabat memancing yang baru menceburi bidang mengilat, Wayne membelek-belek set pancing yang akan dibawa bersama untuk trip memancing hari ini.

Setelah mengagak segalanya serba mencukupi, Wayne dan Alvin memasukkan set-set pancing masing-masing ke dalam kereta. Bersarapan sudah, bekalan air pun sudah diisi, toolbox pun sudah diperiksa, nampaknya sudah tiba masanya untuk berangkat.

Jam menunjukkan pukul 6.45am, suasana masih lagi berkabus menandakan cuaca yang baik untuk sepanjang hari ini. Perjalanan dari rumah ke Kpg. Plaman Baki, Serian mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja. Dengan keadaan jalan pagi yang lenggang dan sejuk, perjalanan selama 15 minit itu dirasakan terlalu sekejap. Tahu-tahu sahaja sudah sampai ke destinasi. Ketika tiba di Kpg. Plaman Baki, Bujang masih lagi tidur. Maka terpaksalah Wayne dan Alvin menunggu sebentar sambil menghirup teh panas-panas dan kuih-muih yang disediakan oleh emak Wayne sementara menunggu Bujang mandi dan bersiap.

Setelah menunggu hampir setengah jam, barulah segalanya sedia untuk bertolak ke Kota Samarahan. Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga di Kpg. Plaman Baki, mereka bertiga pun mengorak langkah menuju ke checkpoint seterusnya. Tempoh perjalanan dari Kpg. Plaman Baki ke Kota Samarahan mengambil masa lebih kurang 40 minit melalui Jalan Ensengei. Sepanjang perjalanan, kembara kali ini dihiasi pemandangan-pemandangan kampung-kampung dan ladang-ladang kelapa sawit serta sawah-sawah. Ini menambahkan lagi seri perjalanan sementara ingin sampai ke destinasi seterusnya.

Menjelang pukul 8.30am, mereka bertiga pun tiba di Kota Samarahan manakala Terubuk dengan rakan-rakan yang lain masih lagi dalam perjalanan dari Kuching.

Hampir setengah jam menunggu, barulah kelihatan konvoi Terubuk bersama anggota-anggota Geng Pemancing Sarawak tiba di lokasi perjumpaan. Berpandukan maklumat yang diterima oleh Terubuk, kolam memancing yang akan mereka tuju itu terletak di Asajaya. Daripada lokasi pertemuan, jarak perjalanan dianggarkan lebih kurang 30 – 40 minit bergantung kepada laluan trafik. Mengekori dari belakang, Wayne, Alvin dan Bujang menjangkakan kawasan pancingan itu adalah kolam ternakan air masin yang terbiar.

Menjelang pukul 10.00am mereka pun sampai ke tempat yang dijanjikan. Lokasi kali ini sebenarnya adalah sebuah kolam ternakan ikan air masin yang masih baru. Untuk menambahkan sumber pendapatan, pemilik kolam tersebut telah membuka kolam ternakan beliau untuk aktiviti-aktiviti mengilat di mana kadar yang dikenakan adalah PERCUMA. Tetapi sekiranya pemancing ingin membawa pulang hasil tangkapan, maka bayaran sebanyak RM14/kilo dikenakan ke atas tangkapan yang ingin dibawa pulang tersebut. Antara spesis-spesis ikan air masin yang terdapat di kolam tersebut adalah Siakap, Senangin, Kerapu dan Jenahak/Tetanda.

Antara hasil tangkapan di sana :-

Wayne yang pertama kali turun ke lapangan pancingan ini akhirnya menyemarakkan lagi semangan rakan-rakan yang lain dengan menaikkan seekor Siakap remaja. Sungguhpun menggunakan set pancing yang dipinjam daripada saudara Terubuk namun gandingan kekili mendatar Seahawk Bass 103L dan joran Lemax Slim Max 6lb – 15lb ini memang tidak mengcewakan….(jangan marah aa En. Terubuk) :P

Menjelang tengahari, hanya setakat itu sahaja yang berjaya dinaikkan oleh Wayne, Alvin dan Bujang. Seekor Siakap remaja seberat 700g dan seekor Senangin juga seberat 700g. Untuk trip kali ini Alvin yang baru pertama kali turun mengilat masih belum berjaya menaikan sebarang tangkapan. Sekitar jam 12.oo tengahari, mereka bertiga meminta diri untuk pulang ke Kpg. Plaman Baki.

Sungguhpun perjalanan pulang dirasa jauh sedikit berbanding di pagi hari tadi namun di kepala masing-masing masih lagi memikirkan bagaimana untuk menambahkan lagi kepuasan memancing pada hari itu. Perjalanan jauh tadi bagaikan agak kurang berbaloi memandangkan lokasi dan hasil tangkapan yang kurang memberansangkan.

Setelah berhenti rehat makan tengahari sambil berbincang aktiviti seterusnya, akhirnya mereka bertiga memutuskan untuk mencuba acara memancing dasar di salah sebuah kolam ternakan ikan air tawar berhampiran rumah di Kpg. Plaman Baki. Berbekalkan umpan roti paun dan sedikit biskut expired sebagai rasuah, mereka meneruskan acara memancing.

Begini lah hasil tangkapan yang mereka dapat dengan hanya 30 minit memancing.

Setelah kehabisan umpan dan memikirkan apa lagi yang harus dilakukan untuk memenuhi hari minggu yang gersang itu. Sekali lagi mereka berpindah lokasi ke sebuah kolam terbiar yang terletak di tengah-tengah kampung. Kolam terbiar tersebut dahulunya adalah sebuah kolam ternakan ikan talapia dan tapak tadahan air untuk aktiviti pertanian dan berkebun namun setelah sekian lama ditinggalkan tidak terurus, ianya menjadi sebuah tempat pembiakan haruan dan spesis-spesis ikan liar setempat.

Mencuba nasib di kedua-dua kolam terbiar itu, beginilah hasilnya :-

Alvin yang kali pertama turun mengilat turun mendapat karan apabila berjaya mendaratkan seekor haruan berskala 500g menggunakan gewang jenis Mr. Tanaka Froggy warna hijau muda.

Beberapa minit selepas Alvin mendaratkan Haruan nya, Wayne pula terkena strike dan menaikkan seekor lagi Haruan menggunakan gewang Rod Ford Minnow 7cm tetapi saiznya agak kecil daripada yang sebelumnya.

Sehingga jam 6pm, mereka bertiga berjaya memenuhi hari dan aktiviti mereka pada hari itu dengan seekor Siakap, seekor Senangin, seekor Jelawat dan 3 ekor Haruan. Siakap dan Senangin berjaya dilepaskan semula untuk pancingan kaki-kaki mengilat di masa akan datang manakala Jelawat dan Haruan dibawa pulang untuk santapan sekeluarga.

Dengan berakhirnya laporan ini, maka tamatlah trip memancing Kota Samarahan-Serian untuk kali ini. Semoga di masa-masa akan datang akan lebih banyak lagi laporan-laporan yang akan disediakan serta padang-padang pancingan baru yang akan diterokai untuk tatapan dan rujukan para pembaca sekalian.

Sekian. Terima Kasih

“Cepat pikir apa planning kita untuk minggu ni.” Tertera luahan perasaan si Will ketika menghubungi Wayne melalui sistem pesanan segera Facebook. Wayne yang agak terkejut atas gesaan itu bertanya kepada Will kembali…”Kenapa?”.

“Bingung sudah sya fikir ni. Ada orang mau ikut kita pi memancing hujung minggu ni.” Balas si Will

“Ada orang mau ikut?” susul si Wayne kehairanan sedikit.

“Ya, dorg bawa BBQ sekali ni. Ramai mungkin yang ikut.” Jawab si Will kembali.

“Ramai? brapa orang tu?” Wayne semakin kehairanan.

“Mungkin dalam 20 orang gitu la. Kita pigi Ulu Yam la macamana?” sambung si Will lagi.

Wayne yang masih lagi dalam keadaan terkejut mengiyakan sahaja cadangan si Will itu.Trip-trip sebelum ini tidak pernah ada permintaan sebegini yang diterima oleh Biawak Anglers. Manakan tidak, kalau sebelum ini mungkin hanya seorang dua sahaja sahabat-sahabat yang menyatakan hasrat untuk menyertai trip memancing yang sering dijalankan oleh Biawak Anglers. Namun kali ini jumlahnya meningkat sehingga 20 orang!!!. Mahu tak terkejut?

Sabtu, 17hb Oktober 2009 –

Cuaca di luar kelihatan agak cerah dan menarik sekali untuk melakukan aktiviti-aktiviti luar. Kegembiraan berganda dirasa apabila menyedari bahawa hari ini adalah bersamaan sambutan perayaan Hari Deepavali. Si Ovel yang sebelum ini selalu bangun lewat betul-betul bersemangat untuk mengikuti trip memancing sambil berkelah kali ini.

Sambil memastikan segala peralatan dan bekalan yang disediakan mencukupi, kumpulan Biawak Anglers pun meneruskan perjalanan aktiviti hari ini menuju ke Ulu Yam. Para sahabat yang bercadang menyertai trip ini sudahpun bergerak ke destinasi yang dijanjikan mendahului kumpulan Biawak Anglers. Trip kali ini diwakili oleh Andy, Wayne, Aynie @ Kakak, Ovel & Will selaku penganjur bersama dari kumpulan Biawak Anglers.

Ketika tiba di destinasi, jam sudahpun menunjukkan pukul 9am. Pancaran matahari diselangi tiupan angin yang nyaman makin membangkitkan semangat dan keceriaan trip kali ini. Bukan selalu boleh bertemu & bersua dengan rakan-rakan & sahabat dari dunia maya sambil beriadah seumpama ini. Lebih-lebih lagi inilah kali pertama kumpulan Biawak Anglers mendapat penghormatan untuk menganjurkan aktiviti bersama seumpama ini.

7118_1250796678360_1482796732_30702466_2040969_n

7118_1250796718361_1482796732_30702467_1874983_n

Setelah mengeluarkan & menyediakan segala apa yang patut, mereka pun memulakan aktiviti yang mereka tunggu-tunggu iaitu memancing sambil berkelah. Dalam kesibukan itu, ada yang mengambil peluang untuk bersarapan dan mengisi perut yang sememangnya kelaparan kerana belum sempat bersarapan pagi. Ada juga yang mengambil peluang untuk menikmati pemandangan dan keindahan alam sekitar di perkarangan tasik empangan Ulu Yam itu. Bagi Biawak Anglers, kesempatan ini digunakan sebaiknya untuk menyediakan set-set pancing yang dibawa.

9031_159102917485_537482485_2670506_6387442_n

9031_159102892485_537482485_2670503_7230696_n

Untuk menghargai sambutan daripada para sahabat yang datang, si Will berbesar hati memberi tunjuk ajar serta khidmat nasihat tentang cara-cara memancing & memasang umpan kepada mereka. Manakala Andy dan Wayne pula sibuk mengejar kumpulan-kumpulan anak Toman yang sedang galak bermain air sambil menunjukkan cara-cara seorang amatur casting.

7118_1250796918366_1482796732_30702472_8065713_n

9031_159102857485_537482485_2670498_3728929_n

9031_159102782485_537482485_2670488_7406451_n

Sementara yang lain pula mengambil peluang untuk beramah mesra diantara satu sama lain untuk mengeratkan lagi semangat persaudaraan di dalam diri masing-masing.

9031_159102772485_537482485_2670486_4849340_n

9031_159102787485_537482485_2670489_5895431_n

9031_159102807485_537482485_2670492_7110572_n

9031_159102887485_537482485_2670502_5253056_n

Sehingga menjelang 2:30pm, acara memancing didominasikan oleh Biawak Anglers. Hasil tangkapan si Andy seorang sahaja mencecah sehingga 20 ekor manakala Wayne pula melepasi par 10 ekor dan Will juga menambah koleksi dengan beberapa ekor tangkapan namun tiada seekor pun yang dibawa pulang. Kesemuanya selamat di C’N'R (Catch & Release). Malang sekali keghairahan itu tidak sempat dirakam oleh lensa kamera mereka kerana masing-masing teruja dan hanya dapat disaksikan oleh mereka-mereka yang hadir sahaja.

Setelah matahari semakin memancar terik, para hadirin mengambil peluang untuk bersantai sambil menikmati pemandangan di kawasan sekeliling. Bagi peserta kanak-kanak pula, kegirangan mereka terpancar di wajah masing-masing apabila mereka ramai-ramai turun bermain air yang sejuk di beting pasir tidak jauh dari pondok tempat mereka berehat sambil diawasi oleh penjaga masing-masing.

9031_159102802485_537482485_2670491_298101_n

9031_159102832485_537482485_2670495_2199795_n

9031_159102842485_537482485_2670496_7765683_n

7118_1250797198373_1482796732_30702479_4147761_n

9031_159102902485_537482485_2670504_361418_n

Menjelang petang barulah mereka semua mengambil keputusan untuk mengorak langkah pulang menuju ke destinasi masing-masing setelah sepanjang hari beramah mesra sambil menghayati keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan di tasik empangan Ulu Yam ini. Sebelum berangkat pulang, mereka sempat mengabdikan beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan untuk ditatapi di masa-masa akan datang.

Say cheeesssseeee~~~

7118_1250797238374_1482796732_30702480_1237570_n

7118_1250797278375_1482796732_30702481_5595779_n

7118_1250797318376_1482796732_30702482_7667322_n

Dengan kesempatan ini Biawak Anglers Cult ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat handai dari Facebook yang sudi menghadirkan diri pada trip anjuran bersama ini terutamanya kerana sudi menyediakan makanan-makanan yang sungguh enak sehingga menjilat jari itu. Terima kasih juga kerana sudi menjadi teman sepemancing kepada Biawak Anglers yang hanya sekumpulan sahabat pemancing amatur kecil-kecilan.

Secara rasmi, trip Hari Keluarga Anjuran Bersama Biawak Anglers & Facebook ini ditamatkan sekitar jam 4pm dengan semua para peserta bergerak pulang ke destinasi masing-masing. Semoga di masa-masa akan datang akan lebih banyak trip-trip sukan dan rekreasi seumpama ini akan dianjurkan untuk kegembiraan bersama.

Jumaat, 2hb Oktober 2009 -

“Hi! 2moro nite c OV’s punya b’day.”

Begitulah antara isi kandungan pesanan ringkas yang diterima Wayne daripada si Kakak pada hari sebelumnya. Bila ditanya semula siapa-siapa yang akan datang menghadiri majlis itu, semua pun ada katanya. Kalau begitulah jawabnya, maknanya seluruh ahli Biawak Anglers Cult sudah pasti berkumpul semula, ini termasukla si Daisin yang sekejap ada laaaaama menghilang.

Seawal pukul 7pm lagi mereka mula berkumpul di markas Biawak Anglers Cult di Ampang. Bagi Wayne yang terpaksa mengharungi kesesakan jalan raya yang kronik dari Bukit Jalil menuju ke Ampang, ketibaan lewat sememangnya tidak dapat dielakkan. Dia hanya tiba sekitar pukul 8.30pm. Ketika sampai, kelihatan si Will, Daisin dan Tony sudahpun menghabiskan 3 tin Tiger beer setiap seorang.

Menjelang pukul 9.20pm, semua dipanggil masuk ke ruangan utama untuk meraikan harijadi Ovel (ahli keluarga Biawak Anglers termuda) yang ke-2.

DSC00852DSC00853

Menu-menu yang disediakan untuk majlis ini semuanya home cooked termasukla kek harijadi si Ovel.

DSC00858

DSC00869

Sekali-sekala berkumpul begini memang meriah. Yang jauh datang bertandang, yang dekat datang berkunjung ditambah lagi dengan jenaka-jenaka yang timbul memang memeriahkan suasana pada hari itu. Lebih-lebih lagi menu-menu yang disajikan, sudah tentu membuka selera sesiapa yang melihatnya.

DSC00868

DSC00867

DSC00870

Antara menu-menu yang disajikan :-

DSC00854

DSC00855

DSC00859

DSC00865

DSC00866

Si Ovel yang sedikit terkejut dengan kedatangan orang ramai yang meriah tidak mahu berenggang dengan Will. Mungkin kerana tidak biasa dengan suasana sebegini agaknya :)

DSC00861

DSC00863

DSC00864

Majlis ulangtahun harijadi Ovel yang ke-2 ini berakhir sekitar pukul 12.30am dengan si Daisin beransur pulang. Namun bagi ahli-ahli Biawak Anglers yang lain, majlis hanya berakhir sekitar 2.30am. Apakan tidak, masa-masa begini sahajalah peluang yang ada untuk beramah mesra bersama rakan-rakan yang jarang-jarang berjumpa untuk bercerita berseloka di antara satu sama lain.

Kepada pihak penganjur majlis, Biawak Anglers mengucapkan jutaan terima kasih atas jemputan dan hidangan yang enak-enak belaka. Kepada rakan-raka, saudara mara dan sahabat handai yang datang memeriahkan majlis, Biawak Anglers menghulurkan jutaan terima kasih kerana sudi datang memeriahkan majlis dan kepada OV…

Happy birthday to you

Happy birthday to you

Happy birthday to OV~

HAPPY BIRTHDAY TO YOUUUU~~~~

Sabtu, 26hb September 2009 -

Baru sahaja balik menamatkan trip 3 hari 2 malam di Pulau Ketam, belum sampai seminggu di rumah tangan mulai gatal semula untuk turun casting di Cyberjaya. Kalau ikut kata orang-orang tua, pantang belum habis lagi ni. Oleh kerana sudah tidak tahan lagi, Andy, Will & Wayne mengambil keputusan untuk menghilangkan kegelisahan di jiwa turun casting di Cyberjaya, tempat biasa.

Namun ada sedikit kelainan pada kunjungan kali ini, kalau pada hari-hari sebelumnya sudah pasti Biawak Anglers ini akan terpacak di Cyberjaya seawal pukul 7.30am. Kali ini trip diatur agak lewat dari kebiasaan. Mungkin kerana si Will masih lagi terasa gegara tarikan Kerapu yang tidak lagi habis-habis dari trip sebelumnya. Hari ini mereka tiba di tempat kejadian lebih kurang pukul 8.30am. Walaupun matahari sudah agak tinggi, namun pengunjung lombong itu tidak seramai seperti sebelumnya. Mungkin masih lagi sedang beraya fikir mereka.

Trip kali ini sebenarnya hanya untuk melepaskan gian sahaja dan seperti kunjungan-kunjungan sebelum ini, mereka mensasarkan Toman sebagai tangkapan. Setelah memilih lokasi-lokasi yang dianggap strategik, mereka pun memulakan acara casting yang hampir 2 minggu ditinggalkan. Wayne mengambil peluang ini untuk mencuba gewang Strike Pro Pencil yang baru dibelinya minggu lepas. Casting punya casting, tiba-tiba Andy mengubah hala pancingannya. Daripada menggunakan Pencil, dia bertukar menggunan gewang jenis sesudu. Untuk memancarkan cahaya di dalam air katanya.

Tiba-tiba Andy menyentap pancingnya dengan agak kuat disusuli kawalan tegangan kekili profil rendah jenama Ajiking Tournament Queen yang digunakannya. Rupa-rupanya Andy ternampak sekumpulan anak-anak Toman sedang boiling. Saiznya masih merah lagi. Baru sahaja sekali cast terus disambar oleh sang ibu nya. Memang garang ibu Toman tersebut. Setelah menjinakkan sang ibu Toman itu selama lebih kurang 2 minit, akhirnya ia berjaya didaratkan tanpa sebarang kecederaan.

9924_142699212485_537482485_2539517_7553048_n

9924_142699217485_537482485_2539518_1652098_n

9924_142699222485_537482485_2539519_7784907_n

Setelah puas mengambil gambar dan rakaman, ibu Toman itu dilepaskan kembali ke dalam lombong kerana kasihankan anak-anaknya yang masih lagi kecil yang memerlukan jagaannya. Ibu Toman berskala 1.7kg itu sudah cukup untuk mengubat gian casting selama 2 minggu walaupun tidak dibawa pulang sebagai tatapan semua.

Menjelang tengahari, Biawak Anglers pun mengorak langkah pulang ke markas bersama senyuman. Mungkin di lain hari akan lebih banyak lagi tangkapan-tangkapan yang lebih besar didaratkan dari sini untuk memeriahkan lagi laporan-laporan yang sedia ada. Dengan beredarnya Biawak Anglers ke markas, maka tamatlah laopran pendek kunjungan ke Cyberjaya untuk kali ini.

Sabtu, 19hb September 2009 -

Tatkala berjuta-juta rakyat Malaysia sibuk menyiapkan segala persiapan menyambut Aidilfitri, membeli-belah saat-saat akhir menjelang Syawal, Biawak Anglers juga tidak ketinggalan. Jikalau orang lain sibuk membelek kelendar untuk menziarah rumah saudara mana yang harus didahulukan, Biawak Anglers pula sibuk membelek kelendar melihat hari bila air pasang surut di Pelabuhan Klang yang sesuai untuk memancing. Jikalau orang ramai sibuk membeli baju raya, kasut raya & juadah-juadah yang patut disajikan di hari raya, Biawak Anglers pula sibuk membeli-belah joran baru, mesin baru, tali pancing baru dan segala peralatan-peralatan pancing untuk menduga Kelong Greenway di Pulau Ketam. Untuk trip kali ini, Wayne telah bersiap sedia dengan set barunya khas untuk pancingan air masin di kelong dan bot. Joran Xpuyu Monster Jig berkekuatan PE2-4 sepanjang 5’10″ digandingkan bersama mesin Tomman Fire Cast CS7000 melengkapkan pasangan baru set M2M (Malaysian to Malaysian) milik Wayne.

Ahad, 20hb September 2009 -

Bangun seawal 6am, Biawak Anglers bersiap-siap sambil memastikan segala peralatan dan persediaan dilengkapi secukupnya. Tatkala muslimin dan muslimat seluruh negara bersiap sedia untuk menunaikan sembahyang raya, Biawak Anglers pula sibuk bersiap sedia untuk turun melaksanakan trip memancing mereka…apakejadahnya ini?.

Setelah memastikan segalanya mencukupi dan tiada apa-apa yang ketinggalan serta mengisi peralatan ke dalam kereta, kini hanya yang tinggal ialah misi mencari umpan-umpan segar di Pasar Pudu. Untuk trip kali ini mereka memilih umpan udang segar, ikan kembong & sotong sebagai taruhan di Kelong Greenway, Pulau Ketam. Memandangkan ini adalah kali pertama mereka mengadu nasib di situ, penggunaan umpan yang pelbagai adalah satu kemestian untuk menguji umpan manakah yang paling sesuai.

Setelah berpusu-pusu dan bersesak-sesak bersama orang ramai yang membeli-belah di Pasar Pudu, mereka bertiga pun bersedia untuk meneruskan perjalanan. Perjalanan dari Pudu menuju ke Pelabuhan Klang mengambil masa lebih kurang 1 jam. Keadaan jalanraya dan lebuhraya sekitar lembah kelang yang agak lenggang memudahkan lagi perjalanan mereka pada pagi itu. Mungkin kerana ramai penghuni-penghuni kota sudah pulang ke kampung halaman masing-masing pada hari-hari sebelumnya.

Setibanya di Hentian Komuter Pelabuhan Klang, Andy, Will & Wayne terus menurunkan segala apa yang patut dari kenderaan untuk dibawa ke Pulau Ketam. Memandangkan kawasan meletak kenderaan berhampiran jeti ke Pulau Ketam agak sesak, mereka mengambil keputusan untuk meletak kereta di tempat letak kereta stesen komuter Pelabuhan Klang sahaja. Dari sana mereka bertiga harus berjalan kaki sekitar 3-5 minit untuk ke jeti ke Pulau Ketam. Sangkaan mereka tentang bilangan pengunjung ke Pulau Ketam akan menurun ketika Hari Raya tahun ini agak meleset kerana bilangan pengunjung ke Pulau Ketam yang tidak putus-putus mula melambatkan perjalanan mereka menaiki feri ke Pulau Ketam.

DSC00805

DSC00804

Setelah berusaha bersesak-sesak dan menyelit-nyelitkan diri bersama penungunjung-pengunjung lain, akhirnya mereka bertiga berjaya meloloskan diri dari kesesakan orang ramai untuk menaiki feri. Kadar tambang yang dikenakan untuk penumpang-penumpang yang ingin menaiki feri berhawa dingin ini ke Pulau Ketam ialah :-

  • Dewasa = RM7
  • Kanak-kanak bawah 12 tahun = RM4

Perjalanan selama lebih kurang 20 minit dari Pelabuhan Klang ke Pulau Ketam menaiki feri berhawa dingin ini amat selesa walaupun ada kalanya terpaksa berhimpit-himpit untuk mencari tempat duduk yang lebih selesa.

Setibanya di Jeti Pulau Ketam, jam sudahpun menunjukkan pukul 12pm. Perut yang kekosongan kerana tidak sempat bersarapan di sebelah paginya terasa sungguh lapar. Tanpa berfikir panjang, mereka bertiga terus memunggah peralatan dan barang-barang yang dibawa menuju ke kaunter pendaftaran Greenway Travel & Tour untuk memaklumkan ketibaan mereka ke Pulau Ketam sambil menunggu pengangkutan seterusnya ke Kelong & Sangkar Ikan Greenway. Sementara menunggu bot sampai, mereka bertiga mengambil kesempatan itu untuk mengisi perut terlebih dahulu.

DSC00811

DSC00813

DSC00812

DSC00814

Semasa mereka bertiga tiba di jeti, mereka amat terpesona dengan suasanan dan persekitaran di pulau itu. Sedang suasana di kota hingar bingar dan sesak dengan orang ramai yang sedang beraya, keadaan disitu amat berlainan. Paling menarik ialah pengangkutan utama di pulau itu ialah basikal. Sungguhpun kecil, Pulau Ketam juga memiliki kemudahan-kemudahan awam seperti Balai Polis, Balai Bomba, Klinik, Pusat Komuniti, kedai-kedai serbaguna, restoran-restoran dan tempat-tempat menarik yang berbaloi dikunjungi. Menurut sumber-sumber tempatan, 90% penduduk di pulau ini berbangsa Cina dan majoriti penduduknya adalah nelayan & pengusaha sangkar-sangkar ikan. Tarikan utama di Pulau Ketam ini ialah restoran-restoran makanan lautnya yang sudah pasti menyajikan menu-menu makanan laut yang segar terus kepada pelanggannya.

Setelah menunggu sambil menjamu selera di samping menikmati pemandangan amoi-amoi yang lalu lalang, Andy dimaklumkan bahawa bot yang akan membawa mereka menuju ke Kelong/Sangkar Ikan Greenway sudahpun sampai di jeti. Perjalanan dari jeti menuju ke kelong mengambil masa lebih kurang 15 minit. Di sepanjang perjalanan, pengunjung-pengunjung berpeluang untuk melihat lebih dekat persekitaran Pulau Ketam serta sangkar-sangkar ikan & tiram yang diusahakan oleh penduduk-penduduk tempatan dengan usahasama dari Jabatan Laut Pelabuhan Klang.
DSC00815

DSC00816

DSC00818

Sangkar-sangkar ikan & tiram di sepanjang perjalanan :-

DSC00819

DSC00820

DSC00823

DSC00824

Semasa tiba di Sangkar Ikan/Kelong Greenway, jam sudahpun menandakan pukul 2pm. Mentari sudah memancar terik ubun-ubun kepala namun kegirangan mereka bertiga tidak dapat dibendung kerana sudah sampai ke destinasi yang dituju dengan jayanya.

Untuk trip kali ini, Biawak Anglers mengambil keputusan untuk tinggal selama 3 hari 2 malam di situ. Bayaran yang dikenakan untuk menginap serta memancing disitu ialah RM60 seorang untuk 1 malam. Oleh kerana trip ini mengambil masa 3 hari 2 malam, maka bayaran yang dikenakan untuk seorang ahli adalah RM110. Malam pertama dikenakan cas RM60 manakala bayarannya dikurangkan kepada RM50 untuk tempoh penginapan hari seterusnya.

Beginilah pemandangan di sekitar Kelong Greenway tersebut :-

DSC00825

DSC00827

DSC00828

DSC00830

DSC00831

Untuk bekalan tenaga elektrik di kelong ini, pihak pengurusan Greenway menggunakan kemudahan mesin generator memandangkan tiada saluran terus bekalan tenaga elektrik dari Pulau Ketam ke situ. Bekalan elektrik hanya dihidupkan bermula pukul 7pm – 7am setiap hari. Selain daripada itu, segala kemudahan asas seperti tandas, bilik tidur/chalet, dapur dan kantin turut disediakan di kelong tersebut. Setiap chalet mampu memuatkan 4 hingga 6 orang pengunjung pada satu-satu masa.

9924_142697097485_537482485_2539486_748487_n

9924_142697102485_537482485_2539487_879982_n

Untuk yang berkeluarga pula, terdapat bilik khas yang lebih luas untuk tempahan. Untuk mereka-mereka yang ingin memasak sendiri di sini, kemudahan dapur serta peralatan-peralatan yang diperlukan seperti periuk kuali dan pinggan mangkuk ada disediakan. Anda cuma perlu membawa bahan-bahan untuk memasak sahaja. Bagi mereka yang suka memanggang, ruangan khas BBQ juga disediakan, cuma arang dan fire starter sahaja harus dibawa oleh pengguna sendiri. Bekalan ais juga turut disediakan oleh pihak pengurusan kelong tersebut untuk memastikan ikan dan umpan tetap kekal segar sehingga penghujung trip.

Suasana malam di sini amat menenangkan dan amat sesuai untuk mereka-mereka yang ingin memancing malam secara santai. Berbekalkan sumber cahaya daripada lampu-lampu yang dipasang di sekeliling sangkar serta pelantar-pelantar dan pondok rehat, pengunjung tidak perlu lagi membawa lampu suluh dan khemah semasa memancing malam.

DSC00833

DSC00835

Makan malam Biawak Anglers pada malam itu bermenukan Ikan Masak Asam Pedas yang disediakan oleh Andy sebagai pengisi perut. Sehingga pukul 3am, arus air pasang semakin kuat dan dengan ini Biawak Anglers mengambil keputusan untuk berehat sementara menunggu arus perlahan semula keesokan harinya.

Isnin, 21hb September 2009 -

Seawal pukul 6.30am, Andy & Wayne melabuhkan pancingan mereka untuk menduga arus yang kelihatan semakin tenang. Baru saja batu ladung dan pancing dilabuhkan, berturut-turut getuan dan sentapan diterima daripada ikan Gelama & Duri. Andy dan Wayne tidak putus-putus mendaratkan Gelama dan Duri sepanjang pagi itu. Beginilah antara rupa ikan Duri yang menjadi pembuka pancing Biawak Anglers pada hari itu;

DSC00836

Menjelang sekitar pukul 9am barulah Will menyertai acara pancingan mereka pagi itu. Sambil bersantai dan menghisap rokok Dunhillnya, Will memasang pancingnya berumpankan hirisan isi ikan Kembong sebagai taruhan.

Selang beberapa ketika, tiba-tiba mereka bertiga dikejutkan dengan bunyi tarikan drag kekili yang agak nyaring, mata masing-masing terus melilau mencari arah dari mana bunyi itu datang. Serentak dengan itu juga Will menerkam ke arah pancingnya. Melihatkan keadaan itu Andy & Wayne menanti dengan penuh teruja untuk melihat ikan jenis apakah yang terjerat pada mata kail si Will hari ini.

Setelah beberapa minit melawan arus dan menjinakkan tarikan pancingnya, akhirnya Will berjaya mendaratkan seekor kerapu berskala 1kg++ sebagai tangkapan pembukaannya hari itu.

DSC00837

DSC00841

DSC00842

Untuk jamuan makan tengahari mereka bertiga, sajian kali ini sudah tentunya bermenukan ikan Kerapu hasi pancingan Will tadi dan juga beberapa jenis tangkapan sebelumnya yang didominasikan oleh gelama dan duri. Tidak ketinggalan juga menu pari hasil tangkapan malam tadi.

9924_142697107485_537482485_2539488_6047826_n

9924_142697117485_537482485_2539489_8054565_n

9924_142697127485_537482485_2539490_4665350_n

9924_142697137485_537482485_2539491_792467_n

Menu ‘Inava’ hasil sajian Will hari itu betul-betul membuka selera sehingga tidak cukup nasi mereka bersantap makan tengahari hari itu.

Pada sebelah petangnya, acara pancingan agak sedikit perlahan dengan perubahan arus air surut yang agak deras membantutkan pancingan dasar. Batu ladung saiz 5 tidak lagi sesuai digunakan pada masa tersebut kerana arus dasarnya yang kuat membuatkan batu ladung hanyut terlalu laju. Keadaan itu berterusan sehingga ke malam hari. Menjelang pukul 7.30pm barulah keadaan agak tenang sedikit. Acara pancingan untuk malam ini agak berlainan sedikit daripada sebelumnya, kali ini Andy dan Wayne berusaha untuk memancing spesis Tamok, Belanak dan Belais yang banyak sekali kelihatan berlegar-legar di sekeliling sangkar. Kemungkinan besar ikan-ikan tersebut memakan sisa-sisa makanan di luar sangkar selepas ikan-ikan yang diternak di dalam sangkar tersebut selesai diberi makan sebelumnya.

Sepanjang malam itu beberapa tarikan diterima namun hanya beberapa ekor sahaja yang berjaya didaratkan akibat terlampau teruja. Pancing Andy juga sempat diputuskan oleh seekor ikan yang tidak dapat dikenal pasti spesisnya kerana belum sempat didaratkan, ikan itu sempat memecut langsung memutuskan tali 10lb milik Andy. Pancingan berlarutan sehingga pukul 10pm dan terpaksa diberhentikan kerana hujan lebat turun mencurah-curah. Lebih malang lagi chalet yang didiami Biawak Anglers Cult mengalami kebocoran atap mengakibatkan tilam dan lantai chalet dibasahi teruk. Malam itu, mereka bertiga bergelimpangan sahaja di mana kawasan yang tidak teruk dibasahi hujan.

Selasa, 22hb September 2009 -

Hari ini merupakan hari terakhir Biawak Anglers berada di Kelong Greenway. Tidak banyak aktiviti dilakukan semasa hari terakhir ini. Bot yang akan membawa mereka pulang ke Pulau Ketam dijadualkan tiba sebelum tengahari. Setelah selesai mandi dan bersarapan, mereka bertiga mula mengemas-ngemaskan peralatan dan bekalan untuk dibawa pulang.

Secara keseluruhannya, trip 3 hari 2 malam di Sangkar Ikan/Kelong Greenway kali ini boleh dikira berjaya. Sungguhpun terpaksa menempuh keadaan chalet yang basah ditimpa hujan, semuanya dianggap berjalan lancar. Walaupun ada sedikit over budget berlaku semasa perancangan trip pada sebelah awalnya. Antara hasil-hasil pancingan yang berjaya didaratkan di sepanjang Biawak Anglers Cult berada di kelong tersebut ialah :-

  • Pari = 3 ekor
  • Kerapu = 1 ekor
  • Belanak/Tamok = 5 – 6 ekor
  • Belais = 2 ekor
  • Duri = 7 – 8 ekor
  • Gelama = … tidak terkira

Biawak Anglers tiba di markas Ampang sekitar pukul 3.30pm. Dengan ini maka tamatlah trip Beraya Di Kelong Greenway, Pulau Ketam selama 3 Hari 2 Malam. Semoga di lain kali akan lebih banyak hasil yang akan dibawa pulang sebagai piala dan tatapan semua.

Ahad, 30hb Ogos 2009 –

Sedar tidak sedar, sudah 52 tahun Malaysia kita merdeka. Sudah 52 tahun juga negara kita telah bebas dari penjajahan dan sempena menyambut ulangtahun ke-52 Malaysia merdeka, Wayne & Andy serta beberapa orang sahabat dari Kakipancing.net bercadang untuk mengadakan satu majlis berbuka puasa bersama-sama. Majlis yang diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi salam persaudaraan diantara para sahabat searena dan forumer kakipancing.net yang rata-rata dari kepulauan Borneo yang berada di sekitar lembah kelang di samping beriadah dan makan-makan.

Seperti perjumpaan-perjumpaan para sahabat ini sebelumnya, lokasi yang dipilih adalah di Rumah Panjai Apai Din di Johan Setia, Klang. Wayne & Andy yang datang mewakili Biawak Anglers Cult sungguh berbesar hati dengan jemputan tuan majlis pada hari itu. Mereka berdua sampai di tempat kejadian lebih kurang pukul 5pm untuk membantu menyediakan makanan serta manolong apa yang patut. Untuk majlis hari itu, Wayne & Andy ditugaskan untuk membakar Manok Pansoh, satu resepi masakan yang paling popular di Sarawak. Cara penyediannya mudah sahaja iaitu dengan memasukkan ayam yang telah dipotong ke dalam buluh bersama ramuan-ramuan penambah perisa yang lain dan membakarnya seperti membakar lemang.

Image020

Ketika mereka sampai, dua orang lagi sahabat sepemancing, Terubuk & Ajit sudahpun tiba terlebih dahulu. Mereka turut membantu tuai rumah, Abang Din menyediakan menu-menu yang lain di dapur. Menjelang pukul 6.30pm barulah seorang lagi sahabat, Ijan sampai bersama keluarganya. Sungguhpun tidak seramai yang dirancang datang berkumpul pada malam itu namun suasananya sungguh meriah dengan lawak-lawak yang tidak berkesudahan.

Menjelang masa berbuka puasa, majlis bertambah meriah tetapi bukan meriah oleh para hadirin, meriah dengan menu sajiannya. Menu-menu sajian untuk majlis hari itu semuanya menu Sarawak yang disediakan khas oleh Chef Terubuk.

5

6

Senarai kedatangan pada majlis itu:-

  1. Tuai Rumah, Abg Din & keluarga
  2. Terubuk @ Ady
  3. Ajit
  4. Wayne
  5. Andy
  6. Eijan & keluarga

Manakala menu-menu yang disediakan ialah :-

  • Manok Pansoh
  • Bubur Pedas
  • Gulai Lemak Rebung Kering
  • Sayur Campur
  • Terubuk Masin Goreng
  • Tembikai (merah & kuning)

Setelah berhempas pulas mengenyangkan perut, para hadirin pun mengambil peluang yang datang sekali-sekala ini untuk bersantai sambil beramah mesra sesama masing-masing. Berbagai-bagai topik diperbincangkan termasuklah perancangan-perancangan trip memancing yang akan diadakan dan aktiviti-aktiviti yang berlaku di sekeliling kita.

4

3

2

Majlis tamat sekitar pukul 10pm dengan para hadirin beransur pulang ke tempat masing-masing. Lebihan-lebihan makanan diberikan kepada sesiapa yang ingin membawanya pulang supaya tidak terbazir begitu sahaja. Bukan mudah hendak mencuba resepi-resepi dari Sarawak ini pada hari-hari biasa.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada tuan rumah, Abang Din serta keluarga yang sudi menjemput serta menyediakan segala apa yang perlu di sepanjang perjalanan majlis berbuka puasa & ambang merdeka kali ini. Semoga di masa-masa akan datang akan lebih banyak aktiviti-aktiviti seumpama ini diadakan untuk mengeratkan lagi persaudaraan di antara kaki-kaki pancing terutamanya dari Sabah & Sarawak yang bertaburan di sekitar Lembah Kelang ini.

Sabtu, 22 Ogos 2009 –

Tidak banyak yang dirancang untuk trip pancingan hari ini. Cuaca redup berangin serta hujan renyai-renyai yang turun sejak semalam lagi cukup membantutkan perasaan ingin bangun awal. Jam di dinding sudahpun menunjukkan pukul 7am. Kalau diikutkan, semalam cadangnya kalau boleh nak bangun awal. Kalau boleh pukul 6am. Tapi apakan daya cuaca sekarang ini bukannya boleh diramal sangat…kalau TV kata besok cerah, siapa tahu bangun-bangun pagi itu masih lagi hujan.

Oleh kerana cuaca redup sebegini, Andy, Will & Wayne bercadang untuk memancing dasar sahaja. Destinasi? Macam biasa juga lah; Cyberjaya.

Melihat masa pada telefon bimbit, skrin sudahpun memaparkan pukul 8:30am ketika mereka bertiga sampai di Cyberjaya. Jalan kelihatan lengang daripada minggu-minggu sebelumnya. Mungkin kerana ramai warga Cyberjaya yang pulang menyambut bulan Ramadhan bersama keluarga & sanak saudara di desa. Cuaca redup nampaknya agak sesuai untuk memancing lebih lama. Hari ini masing-masing membawa 2 set pancing, kecuali si Will yang hanya membawa satu set sahaja sebagai pertaruhan. Si Andy hari ini nekad untuk memancing dasar sahaja dengan membawa 2 set pancing berat sebagai taruhan menarik Toman gadang. Berumpankan keli dan hirisan daging ayam, Andy & Wayne menanti sahaja hasilnya.

Sehingga pukul 11am, langsung tiada ragutan yang diterima. Dalam kebosanan menunggu, lagu Fikirkan Boleh berkumandang di udara. Walaupun nyanyian-nyanyian sumbang yang kedengaran, namun ianya cukup untuk mengubat kebosanan di hati masing-masing.

Jam sudah pun menandakan waktu pukul 12pm, matahari semakin dilitupi ketulan-ketulan awan tebal yang menghitam. Nampaknya hujan lebat akan tiba tidak lama lagi. Tiupan angin juga terasa semakin kuat. Memandangkan keadaan cuaca semakin tidak menentu, Andy & Wayne bangkit mengemaskan apa yang patut. Si Will masih lagi berusaha gigih dengan castingnya. Tiba-tiba…

SRREEEEETTTTT!!!!…

Popper Hinomiya milik Will akhirnya disambar ketika mereka betul-betul hendak beransur pulang. Kekili mendatar jenama Tica GS3559 miliknya menjerit-jerit kerana sudah lama tidak diletakkan minyak pelincir.Seekor Toman bujang skala 2kg rebah hari ini ditangan Will.

DSC00778

DSC00779

DSC00783

DSC00780

Sudah berbulan-bulan lamanya Will tidak mendapat tangkapan yang hebat sebegini. Inilah rekod tangkapan terbesar peribadinya untuk tahun 2009 setakat ini. Nasib baiklah tahun 2009 belum berakhir lagi. 8 bulan dia menunggu untuk menaikkan seekor Toman sebagai koleksi tangkapannya tahun ini. Dengan naiknya Toman ini, maka berakhir sudahlah sumpahan ketandusan ikan buat si Will. Mereka bertiga meninggalkan Cyberjaya sekitar pukul 1:30pm.

Pada sebelah petangnya, mereka bercadang untuk meneruskan aktiviti di Tasik Puchong Mas berhampiran taman perumahan Impiana Vista Puchong. Kalau sudah kesana tujunya, tak lain tak bukan semestinya untuk memancing Kerapu Lombong aka Jaguar Chiclid (Managuense Chiclid). Setibanya di sana, mentari kelihatan semakin memancarkan sinarnya. Sungguhpun tidak terik, namun cukup untuk memanaskan kulit dan tengkuk.

Baru sahaja 2 kali humbanan dilakukan, tiba-tiba tarikan gewang terasa agak berat sedikit. Sah, memang sah seekor Kerapu Lombong menyambar gelekan gewang minnow jenis Bakau Fat King milik si Wayne yang secara tidak langsung menjadi tangkapan pertama mereka di Puchong Mas pada hari itu.

DSC00785

Tangkapan itu diteruskan pula oleh Andy dan Will sehingga menjelang masa pulang.

DSC00787

DSC00788

Hari itu, Andy mendominasikan hasil tangkapan Kerapu Lombong seperti juga pada minggu-minggu sebelumnya. Berkat kesabaran dan ketekunan mereka pada hari itu, mereka membawa pulang tangkapan seekor Toman dan 9 ekor Kerapu Lombong untuk dijadikan juadah berbuka puasa & makan malam.

Sajian malam itu menyaksikan chef-chef amatur ini cuba membuat hidangan yang harap-harapnya boleh dimakan seisi keluarga.

Menu #1: Kerapu Lombong Dutch Grill

DSC00790

Menu #2: Toman Blackpaper Steam

DSC00791

Menu #3: Dry Chicken Tomyam

DSC00792

Maka dengan berakhirnya majlis berbuka puasa & makan malam pada malam itu, maka berakhir jugalah laporan untuk kali ini.

Sekian, terima kasih.

Sabtu, 15hb Ogos 2009 –

“Bisuk pi mana?”, tanya Will sambil menyalakan api rokok Dunhill nya.

“Si Terubuk mau jumpa di Cyberjaya dia bilang bisuk. Dia mau tingu gewang-gewang baru yang si Andy buat tu.” Balas Wayne seraya termangu-mangu di sofa menyelak halaman demi halaman Majalah Pancing yang baru dibeli Andy.

“Jangan lupa bawa pancing dia bisuk ah? Bawa 2 buah pancing kita bisuk. Try pancing ikan Patin sekali.” Sahut si Will lagi.

Begitulah antara dialog mereka pada hari sebelumnya. Trip casting sambil mengusya Patin di Cyberjaya cumalah sekdar trip testing sahaja untuk minggu itu.

Seperti biasa Andy, Will & Wayne akan tiba di Cyberjaya seawal pukul 8am. Pagi-pagi begini cuaca agak redup sedikit. Malam tadi ada hujan renyai-renyai, rumput-rumput di sekeliling pun masih lagi agak basah. Paras air juga kelihatan agak meningkat dari minggu-minggu sebelumnya. Ini agak menyukarkan mereka bertiga untuk melalui sebatang titi kecil yang licin menuju ke tebing sebelah. Lantas di ketika itu juga fikiran Wayne terkenangkan bagaimana dia pernah tergelincir dari titi itu suatu masa dahulu sehingga menyebabkan dia kehilangan cermin mata nya. Suatu peristiwa ngeri kalau dikenangkan semula.

Lebih kurang sejam selepas mereka sampai di Cyberjaya berulah Terubuk tiba. Dari jauh kelihatan sayup-sayup kelibatnya meredah semak samun menuju ke lokasi di mana Andy, Will & Wayne berada. Setelah meneliti dan menguji sepintas lalu gewang-gewang yang ditempahnya tiba-tiba Terubuk mengeluarkan sesuatu dari beg sisinya. Ciss!!!! rupa-rupanya dia cuba memanaskan keadaan dengan menunjukkan mesin kekili mendatar jeniss PENN Levelmatic yang baru dibelinya di Sri Kembangan setelah berjaya mengugut tokey kedai itu supaya menjualkan mesin itu kepadanya. Ooo~ sekarang sudah pandai main blackmail ya?

Adegan bersembang sambil memancing karut sepanjang pagi itu berakhir sekitar pukul 1.30pm. Casting kumpau, pancing dasar pun tiada berhasil. Akhirnya mereka berempat memutuskan untuk menamatkan trip mereka hari ini dengan acara memetik pucuk midin (pucuk paku pakis) untuk dijadikan lauk mereka pada hari itu.

Setelah berhenti rehat untuk makan tengahari, Andy, Will & Wayne membuat keputusan untuk meneruskan aktiviti mereka pada hari itu di Lombong Puchong Mas, sebuah lombong berair kebiruan berhampiran Taman Saujana Impian, Puchong. Sasarannya ialah….Kerapu Lombong. Tiba di lokasi sekitar 2.30pm, panahan mentari bagaikan benar-benar membakar kulit. Tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa sedikit memberi kocakan dan riak di permukaan air. Sungguhpun paras air di sekitar tasik di Cyberjaya meningkat, berlainan pula dengan paras air di lombong Puchong Mas ini. Parasnya kelihatan semakin menurun bagaikan ia disedut keluar pula.

Oleh kerana masih tiada orang yang menghuni lokasi pantai yang sering dikunjungi, Andy mengambil peluang itu untuk meneruskan acara memancing dasar Kerapu Lombong nya. Berbekalkan satu pek mata kail bersaiz eupro 4 dan berumpankan cengkerik, tekun sekali si Andy menunggu getuan si Kerapu Lombong. Sentapan demi sentapan dilakukan. Berkali-kali juga mata kailnya tersangkut di struktur-struktur tempat tinggal sang ikan tiap kali sang Kerapu Lombong memakan umpannya. Sehingga suatu ketika itu. Tiba-tiba…..

TAPPPP!!!!!

Masing-masing memandang ke arah Andy yang hampir terbongkang di pantai landai berpasir dan berbatu halus itu. Joran Daiwa Crossfire berkekuatan 10lb – 20lb panjang 6’6″ miliknya telah patah dua.

Sehingga ke penghujung hari, hanya inilah yang berjaya mereka bawa pulang:

DSC00770

Trip hari itu akhirnya ditamatkan pada pukul 5pm dengan hasil 5 ekor kerapu lombong dan sebungkus plastik bersaiz M penuh pucuk midin sebagai lauk di sebelah malamnya. Bolehlaaa~ daripada tiada apa-apa untuk dibawa pulang langsung.

Ahad, 16hb Ogos 2009 -

Sudah berbulan-bulan lama rasanya kumpulan Biawak Anglers tidak singgah menjengah Empangan Ulu Yam. Lokasi memancing yang dahulunya pernah mencatat sejarah buat Biawak Anglers Cult. Disinilah dahulu Biawak Anglers mencatat tangkapan terbesar mereka dan juga menjadi kumpulan pemancing tempatan yang pertama pernah merakam tangkapan ikan Arapaima Gigas atau Ikan Naga di persada sukan memancing tanahair.

Trip kali ini sekadar trip santai sambil melawat lapangan pancing yang banyak memberi kenangan kepada setiap ahli Biawak Anglers Cult. Mereka bertiga tiba di pondok rehat pertama Empangan Batu Ulu Yam sekitar pukul 9am. Masa itu sudah kelihatan beberapa orang pemancing dasar memenuhi ruangan teluk dan pantai tidak jauh dari kawasan pondok rehat tersebut. Namun itu tidak memberi kesan terhadap aktiviti pancing mereka bertiga lagipun mereka hanya casting & spinning sahaja. Dari kejauhan kelihatan beberapa kumpulan anak-anak toman sedang boiling tapi memandangkan jaraknya agak jauh, mereka bertiga hanya mampu melihat sahaja. Lantas dengan itu si Andy menukar kekili mendatar jenis Low Profile nya kepada jenis bulat kerana RBC (Round Baitcaster) mampu memberikan jarak lontaran yang agak jauh berbanding kekili mendatar jenis Low Profile. Beberapa terkaman-terkaman halus diterima dari kumpulan anak-anak Toman itu namun tiada yang benar-benar menyangkut pada mata kail.

Setelah beberapa ketika, mereka bertiga bercadang untuk berpindah lokasi ke satu lagi kawasan pondok rehat yang tidak jauh dari lokasi tersebut. Beginilah serba sedikit gambaran di sekitar kawasan tersebut.

DSC00773

DSC00774

DSC00775

Tiba di lokasi pondok kedua itu mereka terus menuju ke suatu kawasan landai berpasir di bawah tembok berhampiran. Kelihatan banyak kelibat-kelibat dan riak-riak anak-anak Toman bermain air berhampiran. Tidak membuang sebarang masa, mereka meneruskan semula acara casting dan spinning di situ. Beberapa minit kemudian, Wayne berpindah lokasi ke tempat di mana Andy dan Will berada. Berbekalkan gewang minnow jenis Bakau Fat King dia terus mempertaruhkan nasibnya di sana. Baru sahaja 2-3 kali cast, terasa henjutan di hujung joran…yaaa~ itu dia tarikan pertama pada hari itu dan beginilah hasilnya :

DSC00771

Beberapa minit kemudian, si Andy pula terkial-kial menaikkan tangkapannya dan beginilah rupanya :

DSC00772

Terus menerus dari saat itu berlaku beberapa sambaran diterima oleh mereka bertiga tanpa putus-putus. Cuma jika nasib menyebelahi dapatlah didaratkan ikan-ikan tersebut. Kesinambungannya tidak habis disitu pabila si Will juga berjaya mendaratkan bahagiannya :

DSC00776

Secara keseluruhannya mereka bertiga mendapat purata lebih dari 7 – 8 kali sambaran sepanjang pagi itu. Hasil yang dinaikkan juga menjangkau belasan ekor anak-anak Toman berskala 300g – 1kg. 3 ekor telah diberi kepada seorang saudara pemancing yang berminat manakala yang lainnya dilepaskan untuk memberi peluang kepadanya membesar untuk tangkapan di hari-hari akan datang.

Trip bertanya khabar Ulu Yam hari itu ditamatkan lebih kurang pukul 2.30pm. Sungguhpun tiada tangkapan yang dibawa pulang namun perasaan teruja ketika mendapat sambaran tidak akan hilang dari jiwa masing-masing. Mereka pulang dengan senyuman terukir di bibir, sudah begitu lama rasanya perasaan sebegini tidak singgah di hati mereka.

Jumaat, 31hb Julai 2009

“Mau bawa apa ni? Sleeping bag dengan khemah perlu ka? Tuala mandi sama kasut mau bawa juga ka?” Fikir Will yang dari tadinya agak kelam kabut untuk memutuskan barang-barang yang perlu dibawa bersama. Apa tidaknya, trip Jelajah Taman Negara kali ini dijadualkan selama 3 hari 2 malam. Persiapan harus lengkap baik dari segi fizikal, mental & kewangan semasa.

Perjalanan dari Ampang ditetapkan pukul 2:45am dengan jangkaan perjalanan akam mengambil masa sekitar 4jam untuk sampai ke Kuala Tahan, Pahang. Menurut rakan-rakan yang berasal dari Pahang, 4 jam itu adalah jangka masa biasa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Taman Negara Pahang. Jauh juga perjalanan kali ini. Ahli-ahli Biawak Anglers harus bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan melanda termasuklah sekiranya trip tidak berjaya.

Setelah memastikan segala peralatan & bekalan dimasukkan ke dalam kereta, Andy, Will & Wayne pun bersiap sedia memulakan perjalanan. Jam di kereta menunjukkan pukul 2:45am. Kalau bertolak sekarang, mungkin boleh sampai sekitar pukul 7am fikir Wayne dalam hati.

Berikut adalah kronolgi masa dan perjalanan Biawak Angelers dari Ampang ke Taman Negara pada hari itu:

  • Tiba di Tol Gombak : 3:00am
  • Tiba di Persimpangan Karak : 3:37am
  • Tiba di Tol Temerloh : 4:02am
  • Tiba di Kuala Tahan : 6:00am

Memandangkan keadaan lalulintas sepanjang Lebuhraya Pantai Timur agak lenggang, perjalanan yang dijangka selama 4 jam itu dapat dikurangkan kepada sekitar 3jam lebih sahaja dengan kelajuan 110km/j – 120km/j sepanjang Lebuhraya Pantai Timur. Dari Tol Temerloh ke Jerantut dan seterusnya ke Kuala Tahan, perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam kerana keadaan jalan yang gelap serta berliku-liku menyusuri kampung-kampung dan ladang-ladang kelapa sawit di sepanjang perjalanan.

Setibanya di Kuala Tahan, Pahang, masing-masing tidak dapat menahan kegembiraan kerana berjaya menjayakan satu perjalanan yang dianggap suatu batu penanda untuk Biawak Anglers melebarkan lagi sayap mereka di dalam arena sukan kembara memancing tanah air.Ketibaan Biawak Anglers pada pukul 6am di Kuala Tahan disambut oleh bunyi-bunyian unggas belantara diiringi bunyi deruan sungai Tembeling diselang-seli puputan bayu subuh yang menggigit tulang.

DSC00643

Sementara menunggu mentari pagi menyinari Kuala Tahan, Biawak Anglers mengambil keputusan untuk merakamkan memori ketibaan mereka di sana sambil memanaskan badan yang diselubungi kesejukan selimut embun pagi belantara.

DSC00606

DSC00618

DSC00622

DSC00631

DSC00613

DSC00617

DSC00645

Sehingga sekitar 7am barulah keadaan beransur cerah di sekitar kawasan Kuala Tahan. Menjelang pukul 7:30am, kelihatan semakin ramai warga Kuala Tahan memenuhi jeti untuk menuju ke destinasi masing-masing samada pergi bekerja, bersekolah atau sekadar bersiar-siar menikmati udara pagi yang sungguh nyaman. Biawak Anglers mengambil peluang ini untuk bersarapan pagi sambil menghayati pemandangan sungai dan hutan Taman Negara yang menjanjikan 1001 pengalaman yang akan ditempuhi kelak.

DSC00650

DSC00683

DSC00714

Sehingga pukul 8am barulah mereka bertiga mengambil keputusan untuk pergi memohon permit-permit memasuki Taman Negara & menangkap ikan dari pejabat Jabatan PERHILITAN. Kadar bayaran permit-permit yang dikenakan adalah seperti berikut :

  • Permit Memasuki Taman Negara = RM1 (sah sepanjang berada di kawasan Taman Negara)
  • Permit Menangkap Ikan = RM10 (sah untuk tempoh 30 hari)
  • Permit Mengambil Gambar/Kamera = RM5 (sah sepanjang berada di kawasan Taman Negara)

Menjelang tengahari, Biawak Anglers membuat keputusan untuk bergerak menuju ke tempat penginapan. Pada mulanya mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tempat penginapan kerana berlaku kebanjiran pelawat pada masa itu. Menurut informasi yang diperolehi dari seorang peniaga tempatan, pada minggu itu ada pengambaran filem dilakukan di persekitaran Taman Negara. Filem itu melibatkan usahasama dari pihak Hollywood & Bollywood. Dipercayai lebih kurang 300 orang krew pengambaran yang terlibat. Oleh sebab itu, kebanyakan tempat-tempat penginapan telah dipenuhi oleh tempahan-tempahan awal.

DSC00751

Untuk kembara kali ini, Biawak Anglers memilih Teresek View Motel sebagai tempat penginapan. Kedudukannya yang agak berhampiran dengan jeti Kuala Tahan memudahkan perjalanan menuju ke sungai dan kawasan restoran-restoran terapung yang terdapat disitu. Keadaan biliknya yang berhawa dingin serta mempunyai kemudahan mandian air panas juga menjadi kelebihan kepada motel ini. Bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut :

  • Bilik Berhawa Dingin = RM90/malam
  • Bilik Berkipas = RM70/malam
  • Tilam Tambahan = RM10/malam

Oleh kerana satu bilik hanya mampu memuatkan 2 buah katil sahaja, maka Biawak Anglers terpaksa meminta sebuah tilam tambahan, barulah selesa untuk bermalam.

Setelah selesai makan tengahari dan memastikan segala bekalan yang dibawa mencukupi, Andy, Will & Wayne mengambil sedikit masa untuk merehatkan mata yang mengantuk setelah semalaman berjaga.

Di sebelah petangnya pula, mereka bertiga bercadang untuk Jungle Trekking ke Titian Kanopi. Berbekalkan semangat baru bangun tidur dan sebotol air mineral setiap seorang, mereka bertiga meneruskan usaha untuk meredah denai menuju ke Titian Kanopi. Perjalanan meredah hutan sejauh 1.5KM itu memberi banyak pengalaman dan pengamatan tentang keadaan belantara hutan hujan khatulistiwa tertua di dunia ini.

DSC00688

DSC00697

DSC00696

DSC00693

Setelah sampai ke puncak checkpoint Titian Kanopi, Andy, Will & Wayne merasa agak kecewa kerana pintu masuk ke Jambatan Gantung Titian Kanopi telahpun ditutup. Maka terbengkalailah usaha mereka bertiga untuk meniti jambatan gantung Taman Negara kali ini. Terdapat 2 buah jambatan gantung yang disediakan dan setiap jambatan mempunyai kepanjangan berbeza. Satu mempunyai kepanjangan 250 meter, manakala yang lagi satu 280 meter. Kadar bayaran yang dikenakan untuk menyeberang Jambatan Gantung Titian Kanopi adalah :

  • Dewasa = RM5
  • Kanak-kanak = RM3

Jadual operasi Jambatan Gantung Titian Kanopi pula adalah seperti berikut :

  • Sabtu – Khamis = 9:30am – 3:30pm
  • Jumaat = 9am – 12pm

Memandangkan mereka bertiga tiba di sana pada hari Jumaat, pusat operasi tersebut telahpun ditutup seawal pukul 12 tengahari. Oleh kerana gagal menaiki Jambatan Gantung Titian Kanopi, mereka mengambil masa tersebut untuk meninjau-ninjau kawasan sekeliling sambil menghilangkan penat. Perjalanan pergi dan balik menuju titian kanopi sepanjang 3KM betul-betul menguji stamina serta kekuatan fizikal ahli-ahli Biawak Anglers.

Setibanya mereka di jeti Kuala Tahan, jam sudahpun menunjukkan pukul 6pm. Pulang ke tempat penginapan, mereka bersiap sedia untuk makan malam. Para pelawat yang ingin mengunjungi Taman Negara Pahang tidak usah risau mencari tempat-tempat untuk menjamu selera kerana di sini terdapat banyak tempat untuk makan. Rata-rata setiap chalet, motel, hostel & resort menyediakan restoran dan kantin untuk kemudahan para pelawat. Tidak kurang juga restoran-restoran terapung yang tersedia di sepanjang jeti Kuala Tahan. Cuma pilih sahaja mana yang berkenan di hati.

Selesai menjamu selera, mereka bertiga mengambil peluang untuk bersantai di beranda motel sambil menikmati pemandangan malam di samping merasa hirupan udara segar labuhan senja. Sambil-sambil itu, masing-masing juga mengambil masa itu untuk menyiapkan set-set pancingan masing-masing untuk persedian di pagi esoknya. Kuala Keniam, here I come.

DSC00752

Sabtu, 1hb Ogos 2009 -

Seawal pukul 6am, pasukan Biawak Anglers yang terdiri daripada Andy, Will & Wayne bangkit dari tidur yang lena. Hari ini mereka akan mengembara lebih dalam lagi ke dalam Taman Negara menuju ke Kuala Keniam. Kuala yang dikatakan mampu menjanjikan tarikan daripada sang Kelah.

Trip hari ini dirancang hingga ke petang. Setelah menyiapkan segala bekalan makanan & minuman serta perkakasan memancing. Mereka bersedia untuk menyusuri Sungai Tembeling ke destinasi yang dirancang. Menemani Biawak Anglers kali ini ialah saudara Yusri sebagai tekong berpengalaman dan pembantu beliau saudara Faizal. Jarak perjalanan dari Kuala Tahan menyusuri Sg. Tembeling adalah sejauh 29KM dan memakan masa selama lebih kurang 1 jam 30 min menaiki bot.

DSC00707

Kecekapan saudara Yusri dan Faizal mengendalikan bot dan pemandu arah memang tidak dapat dinafikan kehebatannya apabila bot yang dipandu menyusuri jeram-jeram serta kawasan perairan cetek dengan lancar sekali.

DSC00710

DSC00712

DSC00713

Setibanya mereka berlima di Kuala Keniam, jam sudahpun menunjukkan pukul 9:15am. Suasana masih lagi sejuk dan sesetengah tempat masih lagi diselubungi kabus. Mereka bertiga ditempatkan di lubuk-lubuk yang berbeza dalam jarak yang berdekatan di antara satu sama lain. Untuk aktiviti memancing hari ini, mereka telah menyediakan umpan Kelapa Sawit sebagai bekalan.

Pertama kali memancing menggunakan kelapa sawit, mereka bertiga tidak mengharapkan apa-apa. Selang setengah jam, tiada apa-apa yang menarik berlaku. Walaupun terdengar letupan-letupan ganas sang Sebarau menyambar anak-anak ikan namun belum ada lagi yang sudi menjamah pancing. Agak lama menunggu, Andy dan Wayne berpindah lokasi ke lubuk di mana si Will sedang memancing.

Berumpankan umpan kelapa sawit yang diperam, Andy dan Wayne memulakan semula pancing mereka di lubuk lain. Sementara menunggu umpan dijamah, mereka bertiga berehat sebentar sambil bersantap bekalan yang dibawa sambil berbual-bual menghilangkan kebosanan. Maklumla, selama ini mereka aktif memancing dengan cara casting & spinning sahaja. Bila masuk acara memancing dasar, bagaikan terlalu lama menunggu umpan dijamah ikan.

Tiba-tiba si Andy bergegas menuju ke pancing Wayne sedang Wayne menyantap sarapan paginya. Matanya merenung hujung joran. Joran bagaikan bergerak-gerak sedikit. Beberapa minit kemudian henjutan itu begaikan berhenti. Mungkin tarikan anak-anak ikan gamaknya. Setelah selesai bersarapan, si Wayne berlegar-legar di gigi air sambil menantikan sang ikan menjengah. Tiba-tiba pencingnya ditarik lagi, kali ini lebih ganas….bagaikan mahu terbang pancingnya ditarik. Sepantas mungkin, Wayne menyambar lalu menyentap pancingnya. Terkulai layu talinya dibawa arus, sentapan yang dilakukan tidak mengena. Alangkah kecewanya. Kealpaannya mengetatkan tegangan menyebabkan tali keluar tidak terkawal dan akhirnya menyebabkan sang ikan berjaya melepaskan mata kail di mulutnya.

Melihatkan kejadian itu, si Will yang terpinga-pinga bergerak menuju ke kawasan bersebelahan dengan harapan mendapat sambaran. Sementara menunggu, Andy mengambil kesempatan untuk casting ke lubuk-lubuk di mana kelihatan beberapa kali sang Sebarau menyambar. Sedang si Andy rancak membuat balingan gewang, tiba-tiba pancingnya disapa. Henjutan hujung joran yang perlahan tiba-tiba menjadi kuat. Mungkin sang Kelah. Disentap dengan gagah, namun sang ikan berjaya meloloskan diri sekali lagi dan sekali lagi kekecewaan bertandang di hati masing-masing. Ingatkan dapat merasa tarikan sang Kelah, rupa-rupanya hanya mengejutkan jantung sahaja.

Di lubuk bersebelahan, kelihatan si Will sedang sibuk menabur umpan sebagai rasuah kepada ikan. Sambil menunggu umpannya dimakan, sudah banyak rasanya rasuah ditabur. Sedang asyik si Will menabur rasuah, tiba-tiba pancingnya pula menjadi mangsa seterusnya. SREEEEETTTTT!!! kelihatan tali pancingnya diragut kasar. Bergegas menyambar jorannya, si Will menunggu dengan tekunnya kalau-kalau ikan tadi menyerang kembali. Setelah beberapa ketika membatu….sah, ikan itu sudah melarikan diri.

Menjelang pukul 4pm, tiada satu pun hasil yang berjaya dinaikkan. Saudara Yusri memutuskan untuk membawa ahli-ahli Biawak Anglers untuk casting di sepanjang Kuala Keniam. Namun tiada sambaran juga yang diterima daripada Sebarau-Sebarau yang kelihatan berkeliaran di sepanjang lubuk tersebut. Mungkinkah selera mereka sudah berubah?Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan Kuala Keniam kerana hari semakin beransur gelap. Agak bahaya jika menghilir sungai kembali ke jeti Kuala Tahan ketika matahari sudah terbenam kerana risiko melanggar batu di jeram sepanjang sungai amat tinggi.

Tiba di jeti Kuala Tahan, jam sudahpun menunjukkan pukul 6pm. Setelah mengucapkan terima kasih kepada saudara Yusri dan Faizal selaku tekong pada hari itu dengan berjanji akan kembali dan bertemu semula, ketiga-tiga mereka pun mengorak langkah menuju ke tempat penginapan. Bermacam-macam teori dirumuskan tentang aktiviti hari itu. Kesimpulannya, mereka bercadang untuk kembali ke situ di masa akan datang. Hari ini mungkin bukan untuk mereka.

Selesai mandi dan bersiap-siap, mereka bertiga pun menuju ke salah sebuah restoran terapung untuk makan malam sambil melayan suasana tebingan sungai di malam hari. Kembali ke motel, sepanjang malam itu mereka bersantai dan mengimbau kembali pengalaman di siang hari tadi sambil merancang untuk keesokan harinya. Selamat Malam Kuala Keniam.

Ahad, 2hb ogos 2009 –

Hari ini adalah hari terakhir trip kembali ke alam semulajadi Biawak Anglers Cult. Agak liat sedikit bangkitnya mereka bertiga hari ini. Almaklumla sudah habis perancangan memancing. Cuma satu perkara sahaja yang perlu mereka jalankan hari ini, iaitu acara mandi sungai. Memandangkan hari ini hari yang terakhir, mereka perlu mengemaskan segala apa yang patut dan memastikan semua peralatan dalam keadaan teratur sebelum pergi meninggalkan motel agar tiada apa-apa yang tertinggal.

Sekitar pukul 8:30am, Andy, Will & Wayne bergerak menyusur denai sejauh lebih kurang 1KM menuju ke Lubuk Simpon. Satu lokasi bersantai dan mandi-manda yang paling hampir dengan perkarangan penginapan di Taman Negara. Lebih kurang 800 meter dari Mutiara Resort dan Pejabat Jabatan PERHILITAN.

DSC00718

DSC00719

DSC00720

DSC00723

Menghilangkan kekecewaan yang tidah berhasil pada hari sebelumnya, Andy, Will dan Wayne mengambil kesempatan ini untuk mandi sepuas-puasnya bersama ikan-ikan Sebarau dan Kelah yang berkeliaran sambil menemani mereka di sungai tersebut.

DSC00717-2

DSC00725

DSC00733

DSC00735

Tidak lupa juga meninggalkan sebuah arca batu berupa kompleks pagoda batu sebagai kenang-kenangan.

DSC00740

DSC00744

Setelah puas bermandi-manda sehingga keluar hingus dan kecut tubuh badan, akhirnya mereka bertiga mengorak langkah pulang ke penginapan untuk berkemas sebelum bergerak pulang ke Kuala Lumpur.

Jam sudahpun menunjukkan pukul 12 tenghari. Selesai mengisi perut makan tengahari sebagai bekalan pulang, Biawak Anglers pun mengucapkan selamat tinggal kepada Taman Negara. Jam menandakan pukul 12:38pm semasa mereka meninggalkan perkampungan Kuala Tahan. Suatu hari nanti mereka pasti akan kembali lagi untuk menduga lubuk yang lebih dalam.

Perjalanan 4jam ke Kuala Lumpur bagaikan berlalu begitu pantas. Berehat sebentar, mereka berhenti di Genting Sempah untuk membeli buah-buahan dari Janda Baik sebagai buah tangan untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Menjelang pukul 5pm barulah mereka tiba di Ampang dengan selamat.

Dengan berakhirnya trip ini, maka berakhir jugalah laporan Kembara Melepaskan Diri ke Alam Semulajadi ke Taman Negara untuk kali ini. Di masa-masa akan datang, semoga laporan-laporan akan jadi lebih mantap untuk tatapan semua.

Galeri Gambar

DSC00584 DSC00585 DSC00586 DSC00588 DSC00606 DSC00609 DSC00613 DSC00617 DSC00618 DSC00622 DSC00631 DSC00643 DSC00645 DSC00647 DSC00648 DSC00649 DSC00650 DSC00652 DSC00678 DSC00683 DSC00685 DSC00686 DSC00687 DSC00688 DSC00689 DSC00693 DSC00694 DSC00695 DSC00696 DSC00697 DSC00698 DSC00699 DSC00700 DSC00701 DSC00702 DSC00703 DSC00704 DSC00705 DSC00706 DSC00707 DSC00708 DSC00709 DSC00710 DSC00712 DSC00713 DSC00714 DSC00715 DSC00717 DSC00718 DSC00719 DSC00720 DSC00721 DSC00723 DSC00725 DSC00728 DSC00731 DSC00732 DSC00733 DSC00734 DSC00735 DSC00736 DSC00740 DSC00741 DSC00742 DSC00743 DSC00744 DSC00745 DSC00746 DSC00747 DSC00749 DSC00751 DSC00752 DSC00753 DSC00755

Older Posts »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.